'Sedih! Makanan untuk mangsa banjir sampai lambat, kurang kualiti' - Presiden MCA kesal mangsa banjir diberi makanan kurang berkualiti tetapi dikecam netizen sebab hanya pandai complaint



Bekas menteri pengangkutan yang juga merangkap Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong, kecewa dengan kuantiti dan kualiti makanan yang diberikan kepada mangsa banjir. 


Wee Ka Siong berkata demikian ketika melawat beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasannya dan mendapati makanan yang dihidangkan kepada mangsa-mangsa banjir tidak memuaskan hatinya. 


Menurutnya, kuantiti makanan yang diberikan adalah sedikit, tidak kurang juga yang menerima nasi mentah dan makanan pula dihantar lewat ke PPS.



"Saya terkilan melihat makanan yang dihantar pihak berkuasa. Inilah kualiti sarapan pagi yang dihantar. Orang makan pagi tapi dihantar pukul 11 pagi. 


"Ini pula makanan tengah hari, lauknya begitu sedikit saja. Jadi saya memang kecewa dan nampak ini tidak dibuat dengan baik," katanya dalam video yang dimuat naik di akaun media sosialnya. 


Presiden MCA itu menggesa Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi kebenaran untuk orang ramai memasak makanan mereka sendiri secara bergotong-royong. 


"Biarlah mereka bergotong-royong memasak dengan menggunakan barangan keperluan yang telah pun saya sediakan untuk penduduk," katanya. 



Bagaimanapun, reaksi netizen pula sebaliknya. Ada netizen menganggap Wee Ka Siong cuba memburukkan pihak pengurusan banjir di Johor. 


"Agong siap masak sendiri untuk mangsa banjir. YB Steven guna duit sendiri dan hantar sendiri bantuan untuk mangsa banjir. Tiba hang plak komplen pasal kualiti makanan. Mau cari publisiti ka?" kata Mat Sekilau. 



"YB tolong berhenti buat publisiti murahan seperti ini. You dah pernah jadi menteri untuk tempoh masa lama dan berapa banyak yang you keluarkan dari poket sendiri untuk membantu mereka? Walk the talk, kenapa tidak you sediakan makanan yang lebih baik untuk mereka daripada usaha you sendiri dan tunjukkan kepada kami," kata PrihatinSuara. 



"Dia ingat masa banjir ni ada masa lebih nak buat itu ini? Kau la YB patut bergotong-royong masak bagi sumbangan kepada mangsa banjir. Lagi nak complaint. Nampak sangat nak burukkan pengurusan banjir di Johor. Johor ini BN yang perintah, parti kau. Kerajaan pusat pun masih ada BN, bantulah, jangan complaint," kata SepahitPeria. 



Sumber: Twitter MalaysiaKini, Facebook Wee Ka Siong

No comments