Isteri maut ditikam suaminya menggunakan serpihan kaca sebanyak 16 kali di leher
Seorang pelajar kolej berusia 22 tahun mati dibunuh oleh pasangannya dalam keganasan rumah tangga yang berlaku di Bukidnon, Filipina.
Menurut laporan media tempatan, mangsa dikenali sebagai Kemberly Achas, yang tinggal bersama dengan pasangannya, Elson Erap Jamisula, 27, dan tidak bekerja.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di kediaman Jamisula dan pasangan berkenaan berselisihan faham sebelum keadaan bertukar menjadi tidak terkawal.
Jamisula kemudian mengangkat anaknya berusia sembilan bulan dan diletakkan di atas sofa sebelum menyerang Achas. Bayi berkenaan terjatuh dari sofa, tetapi Jamisula tidak mempedulikannya dan berterusan menyerang Achas dengan membaling kerusi dan menikamnya menggunakan serpihan kaca.
Mangsa mengalami kecederaan parah ekoran ditikam Jamisula sebanyak 16 kali di bahagian leher dan dikejarkan ke hospital. Malangnya, doktor mengesahkan Achas telah meninggal dunia.
Polis mula menjalankan siasatan dan memeriksa video rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Dalam masa sama, Jamisula cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan.
Suspek akan menjalani ujian saringan air kencing bagi mengetahui sama ada suspek ketika kejadian dipengaruhi dadah atau sebaliknya.
Semakan rekod juga mendapati, suspek pernah menjalani rawatan pemulihan kerana menyalahgunakan dadah.
Bayi pasangan itu kini dijaga oleh ibu bapa Achas. Polis menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.
Sumber: News Paper Philiphine
Post a Comment