Ada pertandingan perut paling buncit di Afrika, pemenangnya akan disanjung seumur hidup



Suku Bodi di kawasan terpencil di Lembah Omo, selatan Ethiopia saban tahun mengadakan perayaan tahunan di mana lelaki dengan perut terbesar akan diraikan. Sebagai persiapan untuk acara terbesar itu, golongan lelaki yang turut serta perlu menggemukkan dirinya dalam tempoh enam bulan. 


Lelaki berbadan gemuk dan perut buncit kebiasaannya dipandang sebagai individu yang tidak sihat dan berpenyakit. Namun, bagi suku kaum ini pula menganggap bentuk badan sedemikian adalah menarik. Bahkan boleh mendapat gelaran kehormat dan diraikan seumur hidup. 


Suku Bodi kebanyakannya menyara kehidupan dengan menjadi petani dan pengembala lembu. Mereka meraikan lelaki berperut buncit semasa perayaan tahunan, Ka'el, di mana lelaki dengan perut terbesar akan dinobatkan sebagai 'lelaki gemuk tahun ini' dan mendapat penghormatan dari seluruh suku seumur hidup. 


Tetapi untuk mendapatkan penghormatan itu, lelaki mesti mengambalkan diet penggemukan susu lembu atau yogurt, darah mentah dan madu selama beberapa bulan sebelum perayaan. 


Dalam tempoh itu, mereka akan berhenti melakukan sebarang aktiviti dan hanya mengambil makanan yang kaya dengan kalori seperti susu lembu dan darah segar, yang diberi oleh kaum wanita.


Lembu adalah haiwan suci bagi Bodi dan mereka tidak menyembelihnya untuk mendapatkan darah. Sebaliknya, mereka menusuk urat haiwan itu dengan menggunakan lembing dan darah yang terkeluar dikumpul menggunakan periuk sebelum luka itu ditutup semula menggunakan tanah liat. 


Mangkuk susu dan darah yang mengandungi kira-kira 1 hingga 2 liter dihidangkan pada waktu matahari terbit. Sesetengah daripada peserta tidak dapat menerima hidangan yang kaya dengan protein itu mengalami muntah teruk. 


Lelaki suku Bodi biasanya kurus dan berotot, tetapi semasa proses penggemukan mereka untuk Ka'el, ada yang menjadi lebih gemuk sehingga mereka hampir tidak mampu untuk bergerak. Tetapi itu adalah pengorbanan yang mereka sanggup lakukan untuk mendapatkan penghormatan daripada suku kaum lain. 


Pada hari Perayaan Ka'el yang biasanya diadakan pada bulan Jun atau julai, peserta akan menutup diri mereka dengan menggunakan tanah liat, abu dan menonjolkan perut mereka untuk dipertontonkan kepada orang ramai. 


Satu-satunya hadiah yang ditawarkan dalam pertandingan itu adalah kemahsyuran dan penghormatan.Tetapi bagi Bodi, ini adalah penghormatan tertinggi untuk Bodi di mana Bodi dianggap sebagai wira tempatan sepanjangg hayat mereka. 


Sumber: Oddity Central

No comments