'Bini aku pun ayah nak sondol?! Despratenya ayah!' - Anak buat laporan polis terhadap bapa kandung
Seorang lelaki di India membuat laporan polis terhadap bapa kandungnya yang didakwa telah menggoda isterinya sehingga menyebabkan wanita itu nekad meninggalkannya.
Dalam keterangan kepada polis, Pawan Vairagi yang berasal dari sebuah kampung bernama Silor berkata, dia banyak menghabiskan masa untuk bekerja bagi menyara keluarga. Tetapi bapanya, Ramesh Vairagi, mengambil kesempatan itu untuk menggoda dan memikat isterinya.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila Ramesh dan menantunya melarikan diri untuk hidup bersama, meninggal Pawan dengan anak perempuan mereka yang baru berusia enam bulan.
Setelah mengetahui isterinya melarikan diri, Pawan tampil membuat laporan di Balai Polis Bundi dan menuduh lelaki tua terkutuk itu melarikan isterinya dengan menunggang basikal kepunyaannya.
Selain itu, Pawan turut mendakwa bapanya terbabit dalam aktiviti haram, tetapi tidak diketahui sama ada dakwaan itu mempunyai bukti atau hanya sekadar melepaskan kemarahan.
Ketika ditemubual oleh media tempatan, Pawan mengesahkan dia telah membuat laporan polis terhadap bapanya, sambil menambah isterinya tidak bersalah dalam hal ini.
Pawan juga mendakwa polis tidak menyiasat kesnya dengan serius. Tetapi polis menafikan dakwaan itu dan menegaskan mereka sedang berusaha dengan begitu gigih untuk mencari isterinya.
Sumber: Oddity Central
Post a Comment