'Bila sebut nama saya saja, orang kata artis sendu.. saya sedih' - Keena sedih dilabel artis sendu, sedangkan dia punyai bakat
Seorang penyanyi dan pelakon wanita bernama Keena Wahab meluahkan rasa terkilannya apabila dia dilabelkan sebagai artis sendu, sedangkan dia mempunyai bakat untuk bernyanyi dan berlakon.
Bekas peserta Mentor 2009 yang juga protege kepada Datuk Awie itu berkata, hasratnya untuk mengembangkan karier dilihat tidak menjadi. Namun, masih bertahan kerana berpegang teguh dengan nasihat Awie untuk terus berjuang tanpa mengenal erti berputus asa.
"Bila sebut nama saya saja, orang kata 'artis sendu' dan saya pun jadi sedih. Bukan sebab apa, tapi kerana saya ada di mana-mana. Campak mana-mana pun saya boleh hidup sama ada menyanyi, berlakon serta berlakon teater.
"Kalau boleh saya tak nak naik dengan kontroversi murahan. Biarlah saya naik tidak mendadak, perlahan-lahan dengan kegigihan sebenar. Syukur sekarang saya dah ada produksi sendiri yang ditubuhkan bersama rakan kongsi," katanya.
Difahamkan, syarikat produksi mereka telah menghasilkan dua telefilem iaitu Jembalang Bangkit dan Misteri Roh Pulau Penunggu.
Tambah Keena, dia kini banyak mendapat tawaran untuk menulis skrip, memandangkan dia pernah mengikuti bidang penulisan semasa belajar dan pernah menghasilkan novel.
"Untuk Misteri Roh Pulau Penunggu, saya tulis sendiri dan mendapat pujian Astro. Alhamdulillah, orang nampak usaha saya. Jadi saya tidak lagi dicop sendu sebabnya saya tak dikenali tak apa. Tapi kerjaya saya masih berlangsung," katanya.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment