Bapa ratah anak sendiri sehingga hamil, kemudian bunuh anak & cucu selepas dihalang teruskan hubungan sumbang mahram
Semasa masih bayi, Katie yang berasal dari Virginia telah diambil sebagai anak angkat. Di ketika dia berusia 18 tahun, keinginannya untuk mengetahui ibu bapa kandungnya mendorong dia membuat pencaria dan akhirnya berjaya menemui ibu bapanya di media sosial, lalu merancang untuk berjumpa.
Dipendekkan cerita, seminggu kemudian Katie telah ditiduri oleh bapanya dan mereka melakukan hubungan intim. Kedua-dua mereka mula menjalinkan hubungan sulit, tanpa pengetahuan isteri yang juga merupakan ibu kepada Katie dan mereka tinggal bersama seperti sebuah keluarga.
Lelaki itu turut meminta anak-anaknya yang lain memanggil Katie sebagai ibu tiri walaupun Katie sebenarnya adalah kakak mereka. Hal itu membuatkan isterinya bengang dan bertanya, "Katie mengandungkan baby kau ke?!". Suaminya membalas, "Eh? Aku ingat kau tau kitorang bercinta".
Tidak beberapa lama kemudian, perhubungan haram mereka itu diketahui oleh ahli keluarga dan rakan terdekat. Sudah tentu mereka tidak dapat menerima perkara itu tetapi mereka tiada pilihan dan terpaksa menerima dengan hati tak rela.
Katie kemudian disahkan mengandung anak pertama dan lelaki itu merupakan bapa kepada anak yang dikandungnya. Dalam bahasa mudah, secara teknikal bayi itu adalah anak yang juga 'adik' (half sibling) kepada Katie.
Apabila perkara itu diketahui oleh isteri lelaki itu, dia segera menghubungi polis kerana mereka telah melakukan perhubungan yang salah di sisi undang-undang.
Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan Katie dan bapanya untuk siasatan lanjut. Satu arahan telah dikeluarkan yang menghalang mereka dari terus berhubung.
Selepas dibebaskan, Katie baru tersedar apa yang dilakukannya itu adalah satu kesilapan. Katie menghubungi bapanya untuk memberitahu apa yang mereka lakukan sebelum ini perlu dihentikan serta-merta.
Sementara itu, anak mereka diserah kepada nenek Katie (secara teknikalnya, moyang) untuk dijaga dan Katie pula kembali ke rumah keluarga angkatnya.
Selepas mengetahui Katie tidak mahu kembali ke pangkuannya untuk meneruskan perhubungan haram itu, si bapa pergi mencari anak perempuannya itu dan terserempak dengan Katie yang ketika itu sedang keluar dengan bapa angkatnya. Di kesempatan itu, si bapa menembak mati Katie dan bapa angkatnya menggunakan senapang.
Sebelum kejadian itu, lelaki berkenaan telah pergi ke rumah ibunya dan membunuh anak Katie dan mayatnya ditinggalkan di dalam almari.
Selepas selesai melakukan kekejaman itu semua, lelaki terbabit mengambil keputusan untuk menembak dirinya sendiri.
Dari sumber lain pula menyatakan, Katie diserahkan kepada keluarga angkat kerana ibu kandungnya mahu menyelamatkan Katie dari terus menjadi mangsa dera suaminya. Lelaki itu dikatakan pernah cuba mencekik Katie yang ketika itu masih bayi sebelum dihalang oleh ibunya.
Untuk makluman, kejadian ini berlaku pada tahun 2018 di North Carolina, United States. Kes ini kembali trending di Twitter selepas dikongsikan oleh influencer di platform berkenaan.
Sumber: Twitter @notcapnamerica
Post a Comment