Bapa cekup anak main game jam 1 pagi, dipaksa main game selama 17 jam tanpa tidur
Seorang bapa mencekup anak lelakinya bermain permainan video di telefonnya pada jam 1 pagi, sedangkan dia sepatutnya tidur untuk bersedia menghadiri sesi persekolahan di sebelah pagi.
Walaupun berang dengan apa yang dilihat, lelaki itu tidak memarahi anaknya. Sebaliknya, dia menyuruh anaknya teruskan bermain, sambil menambah bahawa dia boleh ponteng sekolah pada hari tersebut agar dapat bermain dengan lebih lama.
Mendengar kata-kata itu, kanak-kanak berkenaan melonjak gembira dan 'menikmati peluang keemasan' tersebut tanpa menyedari dirinya baru saja termasuk dalam perangkap bapanya.
Kanak-kanak itu bermain sepanjang malam di bawah pengawasan bapanya sehingga jam 7 pagi. Dan ketika itulah dia mula berasa mengantuk dan mahu berhenti bermain dan tidur. Tetapi bapanya segera mengingatkan anaknya bahawa, dia juga telah mengambil cuti bagi memastikan anaknya dapat bermain selama mungkin tanpa tidur.
Permainan diteruskan dan si bapa terpaksa menyedarkan anaknya beberapa kali kerana tertidur dengan telefon di tangannya, walaupun kanak-kanak itu mula protes.
Kira-kira jam 6.30 petang, selepas 17 jam bermain akhirnya kanak-kanak itu merayu kepada bapanya untuk membenarkan dia tidur. Dia turut berjanji yang dia tidak akan bermain telefon lagi di waktu tidur. Dia juga bersetuju untuk membuat perjanjian secara bertulis.
'Video kejadian' itu dikongsi oleh bapanya di media sosial pada 8 Mac lalu yang mencetuskan perdebatan di antara netizen berkenaan isu ketagihan permainan video di kalangan kanak-kanak dan cara mengendalikan kes seperti itu.
Ada yang memuji cara lelaki yang berfikir di luar kotak dan membuatkan anaknya serik untuk bermain permainan video. Sementera yang lain pula mengecamnya kerana memaksa anaknya berjaga untuk tempoh masa terlalu lama yang boleh menjejaskan perkembangan otak kanak-kanak berkenaan. Mereka juga tidak mengesyorkan kaedah yang digunakan lelaki itu kepada golongan ibu bapa pada anak masing-masing.
Sumber: Oddity Central
Post a Comment