Catcha Digital Berhad selesai pengambilalihan iMedia



KUALA LUMPUR, 7 Mac 2023
: Catcha Digital Berhad (“Catcha Digital”) hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menyelesaikan urusan pengambilalihan keseluruhan kepentingan ekuiti iMedia Asia Sdn Bhd (“iMedia”) dalam urus niaga bernilai kira-kira RM43.92 juta dalam bentuk tunai dan saham. Pemerolehan ini didahului dengan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu pada 2 Januari 2023 dan Pengerusi yang baru pada 1 Mac 2023. Catcha Digital kini memiliki salah satu penyedia penyelesaian media digital bersepadu berkembang pesat dengan portfolio bagi platform pemasaran digital yang luas sehingga mencapai 12.7 juta rakyat Malaysia sebulan dan perkhidmatan lebih 100 jenama setahun merentasi pelbagai industri.


Meskipun keadaan pasaran yang tidak menentu, kumpulan iMedia merekodkan PATAMI sebanyak RM3.66 juta pada Tahun Akhir 2021, yang melebihi jaminan PATAMI sebanyak RM3.00 juta[1]. Kumpulan iMedia berada di landasan yang betul untuk mencapai keuntungan yang lebih baik untuk Tahun Akhir 2022 berbanding Tahun Akhir 2021, di mana kumpulan iMedia menyampaikan rekod keuntungan sebelum cukai sebanyak RM6.07 juta.




“Saya telah bekerja dengan pasukan yang berada di belakang iMedia selama lebih 20 tahun dan saya yakin bahawa integrasi yang meluas dan keupayaan iMedia akan membantu Catcha Digital untuk berada di barisan hadapan arena media digital di Malaysia dan seterusnya di Asia Tenggara. Pertumbuhan keuntungan yang luar biasa sepanjang tahun kewangan lepas menunjukkan bahawa pasukan dan strategi melaksanakan pelan strategik dengan sangat baik”, ulas Patrick YKin Grove, Pengerusi Catcha Digital.




“Kami sangat teruja untuk membina pengalaman yang lebih luas dalam ruang media digital dan akan terus menawarkan solusi bagi sebarang masalah berkaitan media digital yang komprehensif dan bersepadu kepada semua pelanggan setiap kali mereka memulakan perjalanan transformasi digital mereka. Kami akan terus bekerjasama, melabur dan memperoleh perniagaan digital sinergi untuk mengukuhkan ekosistem produk dan penyelesaian kami. Penutupan urusniaga ini membuka lembaran baharu dalam perjalanan iMedia dan kami percaya sesuatu yang lebih baik pasti akan terjadi” kata Voon Tze Khay, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif iMedia.


Setelah Pelan Regularisasi tamat, status GN2 bagi Catcha Digital akan diangkat dan syarikat ini akan terus melaksanakan pelan strategik serta meneroka peluang baharu yang akan memacu pertumbuhannya dalam industri digital dan teknologi di Asia Tenggara. Langkah terakhir bagi Pelan Regularisasi melibatkan cadangan terbitan hak yang mungkin mencapai sehingga RM41.04 juta. Catcha Digital telah memperoleh janji daripada pemegang saham utamanya, Catcha Group untuk melanggan sekurang-kurangnya RM18 juta dalam terbitan hak yang dicadangkan.




“Kami melihat pengambilalihan iMedia ini sebagai satu permulaan bagi syarikat Catcha Digital. Oleh itu, kami akan sentiasa mempertingkatkan usaha dalam mengejar peluang pelaburan yang akretif dan sejajar dengan matlamat strategik kami. Matlamat kami adalah untuk menarik syarikat digital dan perisian terbaik bekerjasama dengan kami dan menyatukan industri menjadi peneraju di Asia Tenggara”, kata Eric Tan, Ketua Pegawai Eksekutif daripada Catcha Digital.

 

[1] iMedia dan anak syarikatnya telah mencatatkan pertumbuhan tahun demi tahun yang cukup ketara sebanyak 181% dalam Hasil dan 388% Keuntungan Selepas Cukai serta Faedah Minoriti (“PATAMI”) dari Tahun Akhir 2020 hingga Tahun Akhir 2021, daripada hasil sebanyak RM8.09 juta dan PATAMI sebanyak RM0.75 juta pada Tahun Akhir 2020, kepada hasil sebanyak RM22.75 juta dan PATAMI berjumlah RM3.66 juta pada Tahun Akhir 2021, yang mengatasi prestasi PATAMI yang dijamin bagi Tahun Akhir 2021 sebanyak RM3.00 juta.


Tentang Catcha Digital Berhad



Catcha Digital Berhad ialah syarikat pemegang pelaburan yang berpangkalan di Malaysia. Syarikat ini memberi tumpuan kepada operasi perniagaan dalam industri media digital, pengiklanan dan perisian. 


Perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh Catcha Digital Berhad, iMedia Asia Sdn Bhd adalah syarikat media digital yang menyediakan penyelesaian pengiklanan bersepadu kepada jenama utama dalam industri FMCG, runcit, hartanah, hiburan dan lain-lain di Malaysia.

No comments