'Aku tak pernah gigit kemaluan dia!' - Anak bilioniar nafi dakwaan gigit kemaluan pasangan ketika lakukan hubungan intim
Anak bilionair yang didakwa menyerang seorang wanita yang dikenali melalui aplikasi mencari pasangan di Nonthaburi, Thailand, tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia menggigit kemaluan wanita berkenaan.
Khittiphot atau Micky mengaku ada mencubit mangsa kerana cemburu, yang menyebabkan beberapa bahagian badan wanita itu mengalami lebam yang amat ketara.
Baca: Polis buru anak bilionair yang didakwa gigit kemaluan wanita ketika lakukan hubungan intim
Jelas Mick yang berusia 22 tahun itu berkata, wanita itu terdahulu menjemputnya datang ke rumah. Malah, dia mendakwa kesan lebam di kaki wanita itu adalah disebabkan terlanggar bahagian hujung katil ketika mereka sedang melakukan hubungan intim.
"Saya tak memperkosa dia. Kesan lebam di kakinya adalah disebabkan dia terlanggar hujung katil. Badan dia ada kesan lebam sebab saya baru mendapat tahu yang dia sudah mempunyai anak hasil perhubungannya dengan bekas teman lelaki.
"Jadi saya pun berterus terang dengan dia yang saya masih muda dan berasa cemburu, lalu saya cubit tangan dan kakinya. Saya dah berbincang dengan ayah dan sekarang dah bersedia untuk beri keterangan kepada polis.
"Berkenaan dakwaan menggigit kemaluannya, ia hanya seperti yang dilakukan dalam budaya barat. Saya tidak melakukan perbuatan yang keterlaluan. Saya tak serang dia dan mengurung dia. Sedangkan sebelum itu kami pergi ke kedai arak di Rangsit bersama-sama seperti pasangan normal.
"Dakwaan mengatakan saya menyerang dia, kalau saya ada buat salah, saya akan mengaku. Tetapi perkara yang saya tak buat, saya tak akan mengaku," tegasnya.
Micky berkata, dia sebelum itu ada mencuba menghubungi wanita berkenaan untuk bertanya kenapa dia sanggup melemparkan fitnah itu terhadapnya. Malangnya panggilan itu tidak dijawab.
"Saya masih seorang pelajar dan akan memasuki tahun pertama pengajian saya. Ibu dan ayah marah saya dan tanya kenapa saya buat perkara tak senonoh seperti ini.
"Saya dah jelaskan kepada mereka yang saya cemburu dan tidak berniat untuk menimbulkan masalah. Saya tidak pernah menggigit kemaluannya, tak pernah. Saya bersedia untuk membayar kos perubatannya dan bayar ganti rugi untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.
Semalam, pihak polis mengeluarkan waran untuk menahan reman Micky bagi membantu siasatan selepas pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa.
Dalam laporan itu, mangsa mendakwa Micky telah menyerang, menggigit kemaluannya dan memaksanya memasukkan duit ke dalam akaun peribadi yang membabitkan nilai ribuan baht.
Sumber: The Thaigers
Post a Comment