(Video) Elak dirakam kamera AES, rider superbikes tutup/tanggal nombor plat


Viral di media sosial video sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi didakwa dari Singapura memasuki Malaysia dengan menutup nombor pendaftaran kenderaan mereka dengan sengaja. 

Difahamkan, kesemua penunggang motosikal terbabit berbuat demikian  kerana mahu mengelak dari dirakam oleh kamera Sistem Pengawasan Automatik (AES). 

Mereka dipercayai menggunakan pita pelekat hitam untuk menutup nombor pendaftaran kenderaan mereka tetapi berjaya dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian. 

Beberapa hari lalu, Singapura telah mengeluarkan kenyataan bahawa negaranya akan menghalang kemasukan kenderaan dari luar negara (Malaysia) kerana jumlah saman yang dikenakan masih belum dibayar. 

Singapura mendakwa, rakyat Malaysia (pemandu/penunggang) masih berhutang RM100 juta saman dengan pihaknya. 

Namun dari video yang viral itu jelas sekali menunjukkan bahawa rakyat Singapura juga melanggar peraturan lalu lintas di Malaysia. 


No comments