Muka ditoreh bekas teman lelaki warga Bangladesh


Seorang wanita mengalami kecederaan parah selepas mukanya ditoreh lelaki warga Bangladesh dalam kejadian jam 5 petang Khamis lalu di sebuah pusat beli belah Jalan SS20/27, Damansara Jaya, Petaling Jaya, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, mangsa berusia 24 tahun mengalami luka hampir lima sentimeter dari bibir hingga ke bahagian pipi selepas ditoreh dengan objek tajam. 

Mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu. 

"Berdasarkan maklumat, pihak polis berjaya menahan suspek berusia lingkungan 20-an terbabit, Jumaat. 

"Siasatan awal mendapati suspek adalah bekas teman lelaki mangsa dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca suspek bertindak menoreh muka mangsa," katanya. 

Suspek direman tujuh hari sehingga Jumaat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata. 

No comments