'Biadap! Bini orang pun kau nak try!'
Padah menceroboh dan cuba menganggu isteri orang, seorang lelaki warga Myanmar ditahan untuk siasatan polis.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 pagi Jumaat di Kampung Manis, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, mangsa yang juga merupakan warga Myanmar sedang menjemur pakaian di luar rumah sebelum ditegur oleh suspek berusia 30-an itu.
Suspek memuji mangsa cantik dan mahu berkenalan dengannya tetapi tidak dilayan. Suspek kemudian mengekori mangsa masuk ke rumah dan memegang tangannya.
Mangsa menjerit ketakutan dan bapa saudaranya yang sedang tidur terjaga lalu bergelut dengan suspek, namun suspek berjaya meloloskan diri.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suami mangsa yang baru pulang sempat melihat kejadian itu lalu segera menghubungi polis untuk meminta bantuan.
Suspek berjaya ditahan dan direman selama 14 hari untuk siasatan mengikut Akta Imigresen 1952/63 selain Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment