5 tahun menaruh dendam ditinggalkan, lelaki bunuh bekas teman wanita


Seorang wanita mati dibunuh oleh bekas teman lelaki yang masih menaruh dendam terhadapnya sejak lima tahun lalu. 

Polis telah berjaya menahan suspek yang kini bakal berdepan dengan tindakan undang-undang atas kesalahan membunuh.

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Fitri, yang bekerja menjual tong gas LPG telah memutuskan hubungannya dengan suspek, Yuda, sejak lima tahun lalu atas alasan suspek hanya memiliki kelulusan akademik yang rendah serta tidak mempunyai masa depan yang cerah. 

Setelah ditinggalkan Fitri,  Yuda pergi membawa diri dengan pulang ke kampung halamannya di Medan untuk memulakan kehidupan baru. 

Beberapa tahun kemudian, Yuda mengambil keputusan untuk kembali merantau ke Batam dan mencari pekerjaan di situ. 

Setelah sebulan menetap di Batam, satu hari, Yuda hendak membeli tong gas LPG dan terkejut apabila terserempak dengan penjual tong gas wanita yang rupa-rupanya adalah Fitri. 

Luka lama berdarah kembali dan bagi Yuda, Fitri adalah orang yang harus bertanggungjawab di atas kegagalan hubungan mereka. Didorong dengan rasa dendam lama kembali membara, Yuda merancang mahu membunuh Fitri. 

Pada 12 Februari 2019, Yuda membawa sebilah pisau dapur dan mengintai rumah mangsa. Sebelum itu, Yuda membuat pesan tong gas dari bapa mangsa yang kemudian keluar menghantar tong gas ke alamat yang diberikan. 

Di kesempatan itu, Yuda menceroboh masuk ke rumah dan mencari Fitri. 

"Dia pada awalnya tidak mengingati siapa saya. Saya cekik dia sampai pengsan," kata Yuda ketika disoal siasat. 

Setelah mangsa tidak sedarkan diri, suspek mengemas barang-barang milik mangsa seperti laptop dan telefon bimbit dan ketika itulah mangsa secara tiba-tiba bangun dan cuba melawan suspek. 

"Dia bangun, kemudian saya tikam dengan pisau yang saya bawa. Saya tak ingat berapa kali saya menikam lehernya," jelas Yuda. 

Selepas menikam dan memastikan mangsa sudah tidak bernyawa, Yuda kemudian merosakkan CCTV sebelum beredar dari tempat kejadian. 


Suspek mengaku telah membakar barang bukti seperti pakaian yang dipakainya ketika membunuh mangsa. Sementara pisau yang digunakannya telah dibuang.

No comments