'Sekali dua bolehlah '#maluapabossku', ni dah annoying' - Netizen dah mula meluat dengan tagline rempit Najib


Viral di media sosial, Najib muncul dengan tagline barunya yang dipelajari dari golongan anak muda iaitu, "Bukan Biasa-Biasa" atau #BBB. 

Terdahulu Najib popular dengan tagline #maluapabossku sehingga mendapat banyak perhatian dari netizen yang kemudian Najib mendakwa dia berjaya mendapat semula sokongan daripada rakyat. 



Bagaimanapun, kekerapan Najib berbuat demikian membuatkan ramai netizen yang semakin meluat dan berasa kasihan dengan Najib yang dikatakan sanggup menjatuhkan maruahnya sendiri. 

"Saya hormat semua pemimpin, tetapi bagi saya DS Najib tak perlu buat benda begini. Ia seolah-olah menjatuhkan martabat seorang negarawan. 

"Seorang negarawan tak perlu buat macam ni untuk ambil hati pengundi muda yang pangkah Pakatan Harapan PRU14 lepas. Lebihkan bicara santai dan ilmu lebih baik," kata netizen. 





No comments