Lelaki dibunuh kerana tagih hutang, mayatnya dibuang ke dalam sungai


Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas suspek mengaku telah membunuh seorang lelaki yang datang ke rumahnya untuk menuntut hutang, Rabu lalu.

Siasatan mendapati, isteri suspek yang berhutang dengan mangsa sebanyak 500,000 rupiah (RM144). Ketika mangsa datang, isteri suspek tiada di rumah kerana telah pulang ke rumah ibu bapanya. 

Ashar, 30, berasal dari Langenharjo Kendal, Jawa Tengah, mengaku dia tersinggung dengan mangsa berusia 48 tahun datang ke rumahnya untuk menagih hutang. 

Suspek kemudian mengambil gunting dan menikam mangsa dan mayatnya disorok dalam bilik mandi sebuah rumah kosong berhampiran. 

Dua hari selepas kejadian itu, Ashar menyumbat mayat mangsa ke dalam guni dan menaiki motosikal lalu dibuang ke dalam Sungai Bodri. 

Setelah berbuat demikian, suspek terus melarikan diri ke rumah keluarganya sebelum dinasihatkan untuk menyerah diri kepada pihak polis. 

Menurut jiran, suspek merupakan seorang pendiam dan jarang berkomunikasi dengan jiran tetangga. 

Pada hari kejadian dia terdengar jeritan suara meminta tolong. Apabila dia keluar, suara itu terus hilang dan dia masuk semula ke dalam rumah. 

Selain itu, pasangan terbabit difahamkan sedang dalam proses perceraian. 

Ketua Polis Kendal, Nanung Nugroho berkata, pihaknya kini sedang bekerjasama dengan beberapa pihak lain untuk mencari mayat mangsa yang telah dibuang ke dalam Sungai Bodri.

Sumber: Kompas

No comments