(Video) 'Kalau lambat satu saat...' - Bapa nyaris ditetak penyamun di depan pintu rumah


Seorang lelaki nyaris ditetak penyamun yang datang mengejarnya sehingga ke depan pintu rumah. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4.28 petang tadi di Bukit Kuchai, Puchong, Hazran Adli berkata, bapanya dikejarkan oleh dua orang penyamun bersenjata parang sehingga ke depan pintu rumah. Bagaimanapun, bapanya bernasib baik kerana pantas melariskan diri dan terus menutup pintu.

Berdasarkan video yang dikongsi Hazran di Twitternya menunjukkan, dua suspek mengejar mangsa yang sempat masuk ke dalam rumah, sementara lima lagi rakannya yang menunggang motosikal menunggu di depan pagar rumah. Mangsa cuba menutup jeriji pintu tetapi gagal dan terus menutup pintu.







Anaknya yang ternampak kejadian itu terus segera membantu bapanya menahan pintu itu daripada dipecah masuk oleh suspek yang berulang kali menendang pintu tersebut. 

"As you can see my dad 2 second away from getting tetak. Kalau lambat satu saat tahan pintu and masuk, memang tak ngam. Alhamdulillah semua okey. 

"Sentiasa beringat guys and alert. Alhamdulillah syukur Allah bantu kami hari ini. 

"By the way kau dapat tatap muka seorang budak tu. Budak-budak melayu muda-muda je. Kalau dapat tu memang GG beb," tulisnya. 





Berang usaha menyamun keluarga mangsa menemui kegagalan, suspek bertindak membocorkan tayar dan memecahkan tingkap kereta Hazran. 

Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 

Orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan tidak membiarkan pintu pagar rumah atau pintu utama dibiar dibuka bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. 

No comments