(Video) Mangsa bergayut pada motosikal peragut 2 kilometer


Viral di media sosial video seorang lelaki berusia pertengahan diragut penunggang motosikal dalam kejadian Ahad lalu di Taman Asean Melaka.

Berdasarkan video viral itu menunjukkan, mangsa sempat berpaut pada motosikal dan bergelut dengan suspek yang cuba melarikan diri. 

Ketika kejadian, suspek ditemani tiga lagi rakannya yang juga menaiki motosikal. 

Suspek akhirnya memberhentikan motosikalnya di sebuah pondok bas selepas 2 kilometer bergelut dengan mangsa dan beberapa rakan suspek turut berhenti untuk membelasah mangsa. 

Bagaimanapun keempat-empat suspek melarikan diri setelah dua buah kereta orang awam berhenti bagi menghulurkan bantuan terhadap mangsa. 

No comments