(Video) Ibu nekad bawa anak terjun bunuh diri kerana tertekan dengan bebanan hutang


Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun berpaut pada belebas jambatan dan merayu kepada ibunya agar tidak terjun sebelum kedua-duanya mati dalam kejadian bunuh diri di Colombia, lapor Daily Mail

Pegawai penyiasat berkata, Jessy Paola Moreno Cruz, 32, menghadapi masalah bebanan hutang  dan diusir keluar dari rumahnya, sebelum membuat keputusan untuk terjun dari Jambatan La Variante yang mempunyai ketinggian 330 kaki di Tolima, dengan anak lelakinya, May Ceballos. 


Pihak berkuasa yang dimaklumkan mengenai kejadian itu cuba memujuk Jessy untuk tidak meneruskan niatnya itu, malangnya mereka gagal berbuat demikian. 

Berdasarkan video kejadian, beberapa individu dan pegawai polis tidak dapat menahan rasa kecewa dan menangis kerana gagal menyelamatkan dua beranak itu. 




Datuk Bandar Ibague, Guillermo Alfonso Jaramillo juga turut terkilan dengan kejadian itu dan mendedahkan, Jessy adalah ibu tunggal dan mengalami masalah hutang. 

Turut ditemui dalam telefon bimbitnya, nota yang ditulis sehari sebelum kejadian di mana Jessy meluahkan segala perasaannya. 

No comments