(Video) Ibu terleka sesaat, anak digilis kereta


Sekumpulan pejalan kaki segera menghulur bantuan kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang secara tidak sengaja dilanggar kereta dalam kejadian di Fujian, minggu lalu, lapor Next Shark

Mangsa terselamat dari kejadian itu selepas orang awam bersama-sama membantu mengangkat kenderaan jenis SUV itu yang menimpa badan mangsa. 

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bertarikh 18 Februari lalu, mangsa dilihat sedang berjalan dengan keluarganya di tengah jalan.

Si ibu segera memimpin anaknya keluar dari laluan SUV itu yang disangkanya mahu meneruskan perjalanan ke depan. Sebaik merasakan anaknya berada di laluan selamat, si ibu leka berbual dengan seorang wanita di sebelah kanannya. 

Tanpa disangka, kereta SUV itu membelok ke kanan dan tidak menyedari posisi mangsa lalu melanggar dan menggilisnya sebelum berhenti selepas terdengar jeritan si ibu. 


Orang awam yang melihat kejadian itu segera datang membantu mengangkat kenderaan itu bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah tayar. 

Mangsa dibawa ke hospital dan disahkan hanya mengalami kecederaan ringan dan calar sahaja. 

No comments