'Bukan kejadian di Masai laa...'


Viral di aplikasi WhatsApp mendakwa penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan separuh bogel dengan usus perutnya terburai. 

Menurut rakaman pesanan suara yang mulai tersebar sejak semalam itu, Hassan Ali, Biro Keselamatan Nusa Damai mendakwa, kejadian itu berlaku di Masai, Johor, dan disahkan oleh Balai Polis Masai, Inspektor Puan Fazilah. 

Bagaimanapun, kejadian itu sebenarnya bukan berlaku di Masai, sebaliknya berlaku di Rokan Hilir, Indonesia, pada 24 Oktober 2018. 

Dalam kejadian itu, mangsa, Alika Viana, 11, dilaporkan tidak pulang ke rumah setelah tamat sesi persekolahan sejak dari jam 12.30 tengah hari. 

Gerakan mencari yang dilakukan akhirnya menemui mayat mangsa di ladang kelapa sawit, yang mati dalam keadaan berlumuran darah, perutnya dibelah sehingga ususnya terburai dan dalam keadaan separuh bogel.

Laporan bedah siasat mendapati, Alika telah dirogol sebelum dibunuh dengan kejam oleh suspek. 

Hendri Limbong, 32, yang merupakan pekerja ladang kelapa sawit telah ditahan. 

Pada awalnya Hendri tidak mengaku, namun selepas polis menemui bukti kesan cap jarinya pada sehelai baju mangsa, akhirnya dia mengaku membunuh mangsa. 

Menurut Hendri, Alika ketika itu dalam perjalanan pulang dari sekolah dan ditahan oleh Hendri yang mahu merogolnya. Hendri berkata, Alika cuba melawannya namun dibunuh dengan kejam. 

Orang ramai dinasihatkan tidak menularkan berita palsu yang boleh menimbulkan kebimbangan orang ramai. Sebaliknya selidik maklumat itu terlebih dahulu. Jika anda tidak pasti, jangan terus dikongsi. 

Sumber: Jawa Pos, WhatsApp

No comments