Pelajar maut selepas dibelasah 19 rakannya di asrama
Seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah agama di Indonesia meninggal dunia selepas dibelasah oleh 19 rakannya di asrama sekolah.
Lapor Detik News, kejaadian itu berlaku di asrama sekolah di Padang Panjang, Sumatera Barat.
Polis telah merampas barang-barang bukti seperti kayu penyapu yang patah dan kasut yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk mendera mangsa.
Difahamkan, 19 pelajar yang terbabit dalam kejadian itu menyerang Robi kerana mendakwa mangsa telah mencuri barangan milik salah seorang daripada suspek.
Mangsa didera selama tiga hari bermula pada Khamis 7 Februari sehingga Sabtu, 10 Februari.
"Kami difahamkan sekumpulan pelajar itu hanya berhenti mendera mangsa pada 10 Februari kerana menurut saksi dan keterangan dari suspek, mereka menyedari mangsa kelihatan tidak sihat.
Remaja itu kemudian dikejarkan ke hospital berhampiran. Keadaannya kritikal dan tidak sedarkan diri serta koma selama seminggu sebelum disahkan meninggal dunia pada Isnin, 18 Februari.
Mayat mangsa dibedah siasat selama lima jam bagi mengetahui punca kematiannya dan jenazahnya dikebumikan pada malam hari yang sama.
Polis masih menyiasat dakwaan suspek yang mengatakan mangsa mencuri barangan mereka atau mungkin ada motif lain.
Post a Comment