(Video) Wanita dibelasah dan disamun dalam lif


Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, lapor Harian Metro

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif. 

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam lif tersebut, mangsa yang masuk ke dalam lif bersendirian itu diekori oleh suspek yang kemudian menumbuk mangsa beberapa kali, menarik rambutnya dan menendang mangsa .

Ketika lif itu berhenti di tingkat lain, suspek berhenti memukul mangsa dan berpura-pura berdiri sambil tangannya masih memegang rambut mangsa.

Suspek kemudian segera menekan butang untuk menutup pintu lif dan terus membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400. 


Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

No comments