'I tak patut keluar dengan suami orang, Bella I nak minta maaf' - Oktovia


Susulan pendedahan Bella Astillah yang mendakwa suaminya curang bersama pelakon wanita, Oktovia Manrose akhirnya mengakui kesilapan dirinya yang keluar bersama dengan suami orang. 

Melalui Instastorynya, anak kepada bekas penyanyi dangdut, Iwan itu berkata dia tidak pernah terfikir yang semua itu akan berlaku. Namun dia enggan terus menegakkan benang yang basah dan meminta maaf di atas kekilafannya itu. 

"Today was a big day for me. Hari bersejarah saya. Tak pernah terfikir dan plan semua ini berlaku. Tapi it happen saya sedar ini kekhilafan dari diri saya. Saya manusia biasa yang takkan lari dari buat silap. 

"To @BellaAstillah, I tak nak menegakkan benang yang basah. I nak minta maaf dengan apa yang dah berlaku. Dan apa yang dah berlaku memang sangat-sangat salah, I admit it. 

"I tak patut keluar dengan suami orang. I tak patut keluarkan statement apa-apa pun sebab dah terang-terang I yang salah," katanya. 

Menurut Oktovia, kenyataannya sebelum ini dikeluarkan secara terburu-buru kerana terkejut dengan serangan netizen sehingga membuatkan dia melantun. 


Meskipun Oktovia terkesan dengan komen-komen netizen tetapi dia dengan reda menerimanya. 

"Kenapa tadi I jawab macam tu, is because I terkejut dengan all harsh words dari netizen sampai buat I melantun, it's really hurting me but I deserve it. 

"I shouldn't say that. I tak patut masuk campur urusan you dengan husband you. I tak patut nak cerita pasal hal rumah tangga you. 

"I hope that you and Aliff boleh settle dengan cara elok. Baik-baik bincang. I doakan terbaik untuk you dan keluarga. Amin. InsyaAllah," katanya. 

BERITA BERKAITAN:

No comments