(Video) 'Eii, tak malu pergunakan anak untuk raih derma tanggung kos melancong' - Netizen kecam Mat Saleh Backpackers


Viral di media sosial video seorang pelancong asing melambung bayinya sendiri untuk mengemis bagi meraih simpati orang ramai di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. 

Video rakaman orang awam berdurasi satu minit 26 saat itu menunjukkan, lelaki berkulit putih menghayun dan melambung bayinya yang dipegang di bahagian kaki beberapa kali disertai oleh seorang lelaki dan dua wanita yang sedang bermain muzik. 

Meskipun bayi berkenaan kelihatan teruja dan gembira, tindakan lelaki itu dikhuatiri boleh mendatangkan kecederaan selain salah satu bentuk eksploitasi yang melanggar undang-undang. 

Difahamkan, lelaki terbabit membuat pertunjukkan yang berbahaya keselamatan bayi itu untuk meraih simpati orang ramai bagi mengutip derma. 

Hasil kutipan derma itu pula akan digunakan untuk membiayai pelancongan mereka sebagai 'backpackers'. 

Sementara itu, ramai netizen yang mengecam tindakan itu dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelancong berkenaan yang bukan sahaja mempergunakan anak sendiri, malah bimbang akan mencederakan bayi itu dari segi perkembangan otaknya selain tindakan itu tidak boleh diterima dalam masyarakat. 


Sumber: Harian Metro

No comments