Datuk dan nenek panggang cucu 11 bulan dalam ketuhar


Pasangan suami isteri yang dipercayai mabuk tergamak memanggang cucu mereka yang berusia 11 bulan dalam ketuhar. 

Mangsa, Maxim Sagalakov, yang ditinggalkan ibunya, Viktoria, 20, untuk dijaga oleh orang tuanya di sebuah perkampungan di Kharoy, Khakassia, Russia, sementara dia keluar bekerja.

Namun sebaik saja dia pulang dan mahu mengambil anaknya, Viktoria terkejut apabila mendapati mayat anaknya berada di dalam ketuhar dalam keadaan rentung dipanggang. 

Menurut pihak berkuasa, datuk dan nenek Maxim berada di bawah pengaruh alkohol ketika melakukan jenayah itu. 


Ketika ditemui, keadaan mayat mangsa sangat teruk kerana dibakar pada suhu paling tinggi. 

Ekoran kejadian itu, polis menahan pasangan terbabit yang berusia 42 dan 47 tahun itu untuk siasatan. 

Sumber: Astro Awani

No comments