(Video) 'Saya suka dia sebab dia kelakar, suka buat loyar buruk' - Ernie Rosemerie nafi kahwini DDNK disebabkan wang ringgit
Warga maya masih lagi berbicara mengenai pakar saham berkahwin dengan pelajarnya yang dianggap manja, lemah lembut dan mudah dibentuk. Terbaru, Tuan Nor Ernie Rosemerie Tuan Zahari menafikan dakwaan kononnya dia menerima lamaran Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) kerana wang ringgit.
Memetik kenyataannya dari portal Gempak.com, Ernie mengakui dia pada awalnya tidak mengenali siapa DDNK sehinggalah dia mula melakukan pencarian di internet mengenai lelaki itu.
"Lucunya masa mula-mula kenal, saya memang tak tahu siapa dia. Dia tak mengaku pun dia DDNK sampailah saya mula cari di internet siapa dirinya sebenar.
"Orang akan cakap saya dekat dengan dia sebab dia sudah stabil, tetapi tidak. Bukan sebab dia popular, bukan sebab tagline dia 'Tak handsome tak apa, janji kaya'. Tetapi kerana dia tidak berputus asa sampai sanggup berjumpa dengan orang tua saya, selain pandai mengambil hati saya.
"Saya tolak dia pun tak putus asa. Lama-kelamaan saya menerima dia. Tipikal komen netizen kata saya pilih sebab duit, saya dah sedia. Sebenarnya sejak mula berkawan lagi pun dah ada orang bercakap-cakap.
"Orang kata saya mata duitan, nak yang dah semua siap. Tapi lama-kelamaan kawan-kawan saya mulai menerima hubungan kami. Tapi paling penting, rakan-rakan baik saya yang sentiasa menyokong pilihan saya," katanya.
Dalam kenyataannya ketika ditemubual oleh wartawan Pengantin.my, Ernie sekali lagi menafikan dakwaan netizen kononnya dia berkahwin dengan lelaki itu disebabkan harta. Sebaliknya dia suka pada sikap DDNK yang kelakar dan dalam masa yang sama lelaki itu membuatkan dia berasa selesa apabila mereka berbual.
"Saya rasa benda tu macam tipikal question sebab saya muda lagi. Jadi, saya tak rasa saya suka dia dari segi itu (wang). Sebab masa saya mula kenal dia pun sebab pasal saham saja, tiada lebih-lebih.
"Saya suka dia sebab dia kelakar, saya tak boleh. Saya suka orang yang kelakar. Sebab setiap kali kami berborak, dia mesti akan buat loyar buruk dia tu.
"Dia boleh berborak seperti sebaya dengan saya. Dia boleh kawal situasi itu seperti kawan tetapi adakalanya saya menghormati dia sebab dia lebih tua daripada saya," katanya.
Justeru, Ernie dan DDNK memohon orang ramai mendoakan hubungan dirahmati, diberkati dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Sumber: Gempak.com, Pengantin.my
Post a Comment