'Suami pun sudah tua...' - Sakinah tak rancang hamil lagi, mahukan ketenangan



Selebriti, Sharifah Sakinah, 33, yang mendirikan rumah tangga dengan Michael Hansen, 40, warga Sweden, mengakui masih belum merancang untuk mendapatkan anak.


Malah, dia memaklumkan keluarga mertuanya tidak pernah bertanya atau menekannya mengenai perkara itu. 


"Tiada perancangan lagi untuk anak baru sebab saya jenis suka berada dengan suami. Kalau saya mengandung, saya nak anak dan suami sentiasa dekat dengan saya. Jadi, perkara itu saya tak boleh dapat dalam kehidupan saya. 


"Saya membuat keputusan untuk tidak mengandung lagi. Suami pun sudah tua, maksudnya kalau umur dah 40 tahun ke atas tak nak anak masih kecil. 


"Orang di sana tak macam orang kita. Mereka tak tanya pun bila nak dapat cucu. Di sana tak, tak ada yang tanya semua itu. Mereka macam biasa saja, kadang-kadang bercakap pun tidak," katanya memetik laporan Harian Metro, Selasa, 13 September 2022. 


Sakinah yang mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun, hasil dari perkahwinan sebelum ini berkata, dia mahukan kehidupan yang lebih tenang tanpa perlu mengharapkan pasangan untuk semua perkara. 


"Saya tahu tanggungjawab saya dan dia pun tahu tanggungjawab dia. Jadi, saya rasa ketenangan itu datang dari situ. Saya tak nak tenaga habis disebabkan bergaduh saja.


"Saya rasa perlu menikmati masa sekarang dan kurangkan fikir masa depan dan masa lalu. Saya penat. Walaupun saya 'drama', tapi dalam kepala saya tak pun sebenarnya. Kalau tak, saya layan netizen dan hidup menjadi sedih. Saya hanya mahu begitu dalam hidup. Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang walaupun jauh," ujarnya. 


Dalam laporan itu, Sakinah juga menafikan dakwaan kononnya dia berpindah ke Sweden mengikut suaminya untuk melarikan diri dari kecaman netizen.


Selain itu, Sakinah masih giat berlakon sekiranya ada tawaran dan minat untuk berlakon itu tidak pernah pudar kerana dia suka pergi ke lokasi penggambaran, bergelak ketawan dengan rakan-rakan dan 'drama' di luar set. 


Sumber: Harian Metro

No comments