Isteri potong alat kelamin suami selepas dapat maklumat mangsa mahu bernikah lagi
Seorang wanita berusia 42 tahun didakwa cuba memotong alat kelamin suaminya, 46, dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu, 10 September 2022 di Kampung Pasir Limus, Cikarang Utara, Kabupaten Bekasi, Indonesia.
Menurut ketua kampung, Asun berkata, pasangan berkenaan baru saja menetap di kampung itu kira-kira setahun yang lalu dengan menyewa sebuah rumah milik penduduk. Sepanjang tempoh itu, mereka pernah bertengkar disebabkan si suami yang mahu bernikah lagi.
"Pertengkaran itu berlaku hampir enam bulan yang lalu disebabkan si suami mempunyai kekasih gelap. Saya selaku ketua kampung kemudian mendamaikan mereka," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Cikarang Utara, Mustakim berkata, motif kejadian disebabkan suspek cemburu dan sakit hati selepas mendapat maklumat bahawa suaminya mahu bernikah lagi.
"Motif suspek mengerat alat kelamin mangsa kerana cemburu dan sakit hati setelah mendapati maklumat mangsa mahu bernikah lagi," katanya.
Siasatan awal mendapati, mangsa sebelum itu sedang tidur di rumah sewa mereka pada jam 8.30 malam dan terjaga apabila merasakan seluarnya sedang ditarik.
"Selepas sedar sepenuhnya, dia mendapati isterinya sedang memegang pisau kecil sebelum beredar meninggalkannya dengan luka di bahagian pangkal alat kelamin sebelah kiri dan empat luka kelaran di bahagian paha dan betis kaki kiri.
"Mangsa segera meminta pertolongan dari jirannya untuk dibawa ke Hospital Medirosa Cikarang," katanya.
Tidak beberapa lama kemudian, suspek tampil menyerah diri dan terus ditahan untuk siasatan lanjut.
Sumber: Kompas
Post a Comment