(Video) 'Arwah baru bernikah 2 minggu lalu' - Penghantar makanan maut dirempuh SUV terbabas



Tular di media sosial video kemalangan membabitkan dua penunggang motosikal di Persimpangan Lampu Isyarat di Jalan Meru/Jalan Haji Sirat, semalam. 

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kemalangan yang berlaku pada jam 2.30 petang itu turut membabtikan dua kenderaan jenis SUV iaitu Nissan X-Trail, sebuah Proton Wira dan dua buah motosikal. 


Siasatan awal mendapati, persimpangan itu mempunyai empat lorong di mana dua lorong untuk meneruskan perjalanan, manakala dua lorong lagi untuk membelok ke kanan.




Berdasarkan video dashcam saksi di tempat kejadian menunjukkan, Nissan X-trail yang berada di lorong kiri mahu membelok ke kanan. Tetapi kenderaan jenis yang sama di lorong kanan pula mahu meneruskan perjalanan. 

Akibatnya, kedua-dua kereta itu terbabas lalu melanggar dua buah motosikal dan Proton Wira yang berada di arah bertentangan yang menyebabkan penghantar makanan maut serta-merta, manakala seorang lagi penunggang motosikal mengalami kecededraan parah. 




"Penghantar makanan berusia 34 tahun meninggal dunia di tempat kejadian. Penunggangg motosikal, lelaki tempatan berusia 29 tahun, parah dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut. 

"Mayat mangsa juga dihantar ke HTAR untuk dibedah siasatan setelah keputusan saringan Covid-19 diperoleh," katanya. 


Sementara itu, dua pemandu SUV terbabit yang masing-masing berusia 20 dan 24 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Menurut seorang individu bernama Naqib Ariffin berkata, mangsa, Muhaimin Said, adalah sepupunya yang baru sahaja bernikah dua minggu yang lalu.




Sumber: Harian Metro

No comments