'Siapa suruh caj mahal-mahal kat Langkawi?!' - Netizen bidas laporan 2 pakar kata trend bercuti di Thailand jejas ekonomi Malaysia



Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi dan Kewangan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Dr Mohamad Idham Md. Razak berpandangan trend rakyat Malaysia bercuti ke Thailand atau luar negara adalah tidak baik untuk ekonomi negara kerana proses pengaliran mata wang ke luar negara terus berlaku tanpa ada usaha menyeimbangkan kedua-dua aliran tunai berkenaan. 


Trend 'tidak sihat' itu akan memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang, apatah lagi keadaan nilai ringgit lemah dan dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat dan 100 baht kini hanya bernilai RM12.32, semakin rendah. 


"Dari sudut ekonomi kita yang akan rugi kerana duit banyak mengalir keluar. Wang tunai sepatutnya 'berkitar' dalam negara dengan menggalakkan lebih banyak kegiatan pelancongan sekali gus meningkatkan ekonomi domestik. 


"Kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen bagi menggalakkan lebih ramai warga Thailand atau negara bersempadan melancong ke Malaysia seperti mana rakyat Malaysia melancong ke luar negara," katanya. 


Sementara itu, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global, Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, trend itu akan menyebabkan ekonomi negara semakin tiris kerana pendapatan warga Malaysia berjumlah antara RM1,000 hingga RM4,000 tidak dibelanjarkan dalam negara. 


"Kita tidak boleh menghalang orang lain daripada melancong ke luar negara. Tetapi di sini kempen-kempen cuti-cuti Malaysia harus mainkan perasan. Tetapi saya lihat kempennya senyap sahaja," katanya. 


"SUDAHNYA RAKYAT JUGA YANG SALAH...."


Bagaimanapun, netizen pula mempertahankan keputusan mengapa mereka memilih untuk bercuti di luar negara berbanding di negara sendiri.


Majoriti netizen mendakwa, kos percutian dalam negara memerlukan perbelanjaan yang besar kerana ada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.


"Siapa suruh caj mahal-mahal kat Langkawi tu? Sewa kereta mahal, hotel mahal, kedai makan mahal, senang cerita semuanya mahal. Kata kawasan bebas cukai, coklat lagi murah kalau beli di Mydin. Baik masuk Thailand je, RM10 macam-macam boleh dapat di sana. 


"Hotel, makan, pengangkutan semuanya jauh lebih murah di Thailand berbanding tempat pelancongan kita," kata netizen. 


Seorang lagi netizen berkata, "Aku baru balik dari Thailand. Dengan hanya RM300 je aku boleh stay kat Hat Yai tiga hari dua malam. Makan sedap dan murah nak mampus. Portion pun banyak, hotel murah gila. &E pun murah gila. Semualah murah dan sedap. Kat Malaysia, hmmm banyak scam je," kata netizen. 




Sumber: Utusan Malaysia, World of Buzz, Twitter Meran

No comments