'Saya toleh belakang nak melambai peminat, bukan tayang punggung' - Janna Nick



Sejak beberapa hari lalu, pelakon dan juga penyanyi, Janna Nick, dikritik netizen ekoran video yang menampakkan bentuk punggungnya, tular di media sosial. 


Difahamkan, Janna ketika itu hadir di GSC IOI City Mall Putrajaya sempena tayang filem Juang di mana beliau melakonkan watak jururawat. Dan pada masa itu, ada seorang peminat wanita bersama dengan anaknya, bertindak menyapa dan mengambil video Janna dari belakang sebelum dimuat naik ke media sosial. 


Video itu mengundang banyak perhatian netizen khususnya golongan lelaki yang kemudian meninggalkan komen-komen tidak senonoh. 


@asmida88 #fypã‚·゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #jannanick #juang #ioicitymall ♬ Tiba-tiba (Speed Up) - Quinn Salman


Menyedari dirinya dikecam, Janna tampil menjelaskan hal sebenar dan sekali gus menafikan dakwaan liar yang mengatakan dia sengaja menunjukkan bentuk punggungnya. 


"Video yang viral itu, video dari peminat yang hadir ke acara tersebut. Peminat itu seorang perempuan dan dia bawa anak. Saya toleh ke belakang untuk melambai dan mengajak anak peminat tersebut untuk bergambar dengan saya. Bukan tayang bontot. 


"Dah dari belakang, memanglah nampak punggung. Takkan nampak hidung pula. Kamu gatal, gatal, gatal. Habis tu nak kena buat apa ni? Kasihan jadi perempuan, semua benda nak dijadikan sebagai seggs symbol. Kalau dah kambing pun kena rogol. Kalau memang jenis gatal, tengok buah epal pun dia bernafsu.


"Okaylah, nak cari doktor, nak pergi kikis sikit," katanya. 



Dalam pada itu juga, Janna meluahkan rasa kesal dengan tindakan blogger Malaysia Merdeka yang dikatakan telah menggunakan tajuk artikel bernada seksual dan secara tidak langsung telah membuka ruang kepada netizen untuk mengecamnya. 


"Kadang-kadang tak faham dengan penulisan sesetengah blogger. Kalau ye pun headline kejar clickbait, pastikanlah sumber itu sahih dan tak manipulasi pemikiran pembaca. 


"Jangan sampaikan benda yang salah. Orang kita pula sejenis baca tajuk saja," katanya. 


Di Instastory, Janna turut memuat naik komen peminatnya yang membidas blogger terbabit. 


"Nama je Malaysia Merdeka, tetapi buat headline mengundang kontroversi. Otak korang yang tak merdeka, buat headline macam hampeh. 


"Aku saksi masa ni sebab aku tengok sendiri macam mana Janna melayan peminat-peminat yang nak bergambar. Janna akan terus senyum dari jauh untuk bagi gambar-gambar yang cantik. Bila korang negatif, semua benda pun nak negatif," kata Rozie Fayrose. 


Sumber: Instagram Janna Nick

No comments