'Fokus pada topik, bukan fokus pada kami!' - YouTuber Bros Gang TV nafi dakwaan eksploitasi Puteri Balqis untuk dapatkan views tinggi



Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (NGO) semalam menggesa agar pihak YouTuber Bros Gang TV dikenakan tindakan kerana mengeksploitasikan pelakon Puteri Balqis berhubung pendedahan gangguan seksual dan dera yang dialaminya.


Baca: 'Apa tujuan YouTuber itu?' - NGO gesa Bros Gang TV dikenakan tindakan kerana eksploitasi Puteri Balqis


Presidennya, Datuk Dr Raj Karim berkata, Bros Gang TV tidak mempunyai hak untuk menyiarkan pendedahan itu yang dibimbangi akan memberikan kesan jangka masa panjang seperti kemurungan dan perasaan malu. 


Bagaimanapun, Bros Gang TV, tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan pihaknya tidak pernah memaksa Puteri Balqis untuk berkongsi kisah hidupnya. 


"Kami tidak paksa Aqish, tetapi dia sendiri mahu berkongsi kisah hidupnya. Kami turut terkejut dengan apa yang berlaku. 


"Apa yang kami buat sekarang ialah atas dasar human rights. Berapa ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa di luar sana? Kenapa nak fokus pada kami?" katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Instagram rasmi mereka semalam. 


Difahamkan, pihak Bros Gang TV telah beberapa kali bertanya kepada Puteri Balqis dan ibunya, Norashikin mengenai pendedahan itu dan tuan empunya badan sendiri yang memberi keizinan kepada mereka untuk menyiarkan pendedahan tersebut. 



Dalam pada itu, mereka juga menafikan dakwaan penyiaran kisah hidup pelakon itu untuk meraih jumlah tontonan tinggi. 


"Kami tidak mengejar views yang tinggi. Kami dah ada views tersebut. Fokus kepada perikemanusiaan, hal ini sangat kritikal. Berapa ramai mangsa di luar sana yang jadi berani untuk 'bercakap' setelah isu ini diketengahkan? 


"Kami turut terkejut dengan perkongsian Aqish, hal ini kerana beliau sendiri yang ingin meluah kepada kami, kerana beliau selesa. 


"Fokus kepada topik, bukan fokus kepada kami!" ujarnya. 


Sumber: IG Bros Gang TV

No comments