Pemuda ini jatuh cinta dengan Lipas dan mahu mengadakan hubungan kelamin dengannya
Bagi kebanyakan orang, lipas merupakan serangga yang paling jijik dan seboleh-bolehnya cuba mengelak dari bertembungnya. Tetapi lelaki dari Jepun ini pula sebaliknya. Dia sangat menggemari serangga itu dan jatuh cinta terhadap lipas selain pernah keluar berdating dengan lipas.
Menurut Sora News 24, lelaki berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Yuta Shinohara itu mula berminat dengan lipas sejak zaman kanak-kanaknya. Yuta juga seorang entomopaghist, individu yang makan serangga.
Yuta yang sangat dikenali sebagai pembuat ramen lipas telah menghidangkan 7,000 menu itu dan telah menggunakan lebih 100 ekor lipas dalam setiap mangkuk.
Pada awalnya, dia takut untuk berkongsi minatnya yang mendalam pada serangga itu. Tetapi apabila dia berusia 19 tahun, Yuta mendapati Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) yang merupakan organisasi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggalak orang makan serangga.
FAO berkata, terdapat banyak kebaikan memakan serangga yang memberi sumber protein.
Namun, Yuta jatuh cinta dengan seekor lipas yang diberi nama, Lisa. Ia bukan lipas biasa, tetapi lipas yang dibeli khas dari Afrika.
Yuta mendakwa, dia mempunyai hubungan istimewa dengan Lisa, namun berakhir tahun lalu kerana lipas itu tidak mempunyai jangka hayat yang panjang.
Yuta berkata, dia terasa sangat rapat dengan Lisa dan adakalanya terasa seperti berkomunikasi dengannya. Apabila Lisa mati, ianya satu perkara yang amat menyakitkan bagi dirinya.
Tambahnya, Yuta adalah cinta pertamanya dan dia kerap membayangkan dia mengadakan hubungan kelamin dengan Lisa.
Apabila Lisa mati, dia bercadang untuk makan bangkai Lisa agar Lisa akan terus hidup di hatinya dan meneruskan kehidupan menjadi sebahagian dalam dirinya.
Kini, Yuta merancang untuk memberikan fokus sepenuhnya pada aktivitinya itu dan mencari jalan terbaik untuk membuatkan masyarakat menerima minatnya itu.
Sumber: World of Buzz, Sora News 24
Post a Comment