Tahfiz Ittifaqiyah : PAGAR Ada Kesan “PELIK”, SIASATAN Lebih Serius SEDANG Dijalankan !!!

Tahfiz Ittifaqiyah : PAGAR Ada Kesan “PELIK”, SIASATAN Lebih Serius SEDANG Dijalankan !!! | Baca Viral – Selepas rakaman CCTV yang didedahkan oleh PPIM petang tadi, kali ini ada yang lebih mengejutkan berlaku di kawasan Taahfiz Ittifaqiyah ini !!

PAGAR KAWAT TERPOTONG !

KUALA LUMPUR: Selain memeriksa petunjuk terbaru iaitu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tumpuan siasatan polis adalah pagar di bahagian tepi dan belakang pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, di sini.

Pagar kawat yang memisahkan bahagian belakang pusat tahfiz dan Taman Tasik Datuk Keramat, ini didapati mempunyai kesan potong serta sudah diregangkan.

Sumber berkata, pihak polis yang menjalankan siasatan sedang berusaha mengumpulkan segala maklumat bagi mengenalpasti punca sebenar kebakaran.

PEGAWAI TINJAU SEJAK PAGI TADI

“Sejak pagi tadi, beberapa pegawai dan anggota meninjau keadaan pagar kawat yang dipercayai boleh menjadi laluan keluar dan masuk oleh penceroboh ke dalam pusat tahfiz ini.

“Malah, faktor pelajar cuba menyelinap keluar pada waktu malam dan awal pagi juga turut diambil kira sebagai membantu melengkapkan siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, segala bentuk siasatan kes berkenaan akan turut dirujuk berdasarkan hasil siasatan Unit Forensik Polis dan Bomba.

Difahamkan pada masa ini semua bentuk siasatan diambil kira selepas wujudnya pelbagai persoalan berhubung punca kejadian yang berlaku selepas pihak polis menafikan punca kebakaran adalah masalah litar pintas.

Orang ramai yang mengunjungi pusat rekreasi Taman Tasik Datuk Keramat juga turut menghampiri pagar berkenaan dengan harapan ingin mendapatkan kepastian adakah benar berlakunya pencerobohan.

Sumber : BeritaHarian

The post Tahfiz Ittifaqiyah : PAGAR Ada Kesan “PELIK”, SIASATAN Lebih Serius SEDANG Dijalankan !!! appeared first on BACA VIRAL.

No comments