Ini AKIBAT Yang Berlaku Pada Tubuh Selepas BERHENTI Makan Nasi Dan Roti

Ini AKIBAT Yang Berlaku Pada Tubuh Selepas BERHENTI Makan Nasi Dan Roti | Baca Viral – Karbohidrat sederhana, seperti yang terdapat pada nasi, roti, atau mi, merupakan sumber tenaga bagi tubuh. Tetapi, pengambilan karbohidrat yang tinggi mempunyai kesan negatif pada kesihatan. Kita memang memerlukan karbohidrat , tetapi pengambilannya harus dihadkan.

Pakar menetapkan pengambilan karbohidrat yang dianjurkan adalah 45-65 peratus tenaga total post setiap hari. Itu sudah termasuk nasi atau makanan lain seperti roti, mi, kuih, dan sebagainya. Terdapat banyak manfaat positif yang boleh kita dapat jika kita mengelakkan karbohidrat sederhana seperti nasi, kuih tart, dan habuan manis lain.

1. MEMBAKAR LEMAK

Mengurangkan pengambilan karbohidrat bermakna kita mengurangkan jumlah kalori yang dimakan sehari-harian. Hal ini akan membuatkan tubuh membakar lemak yang disimpan sebagai sumber tenaga. Untuk mempercepatkan pembakaran lemak, Bersenamlah sebelum sarapan. Tubuh akan membakar lemak yang ada dan meningkatkan stamina kita.

2. TIDAK MUDAH LAPAR

Bukan kalori yang membuat kita berasa kenyang, tapi nutrisi seperti serat, protein, dan lemak yang membuatkan kita berasa kenyang. Bila kita mengambil karbohidrat yang sederhana, sebanyak mana pun kita makan, tubuh akan tetap mencari makanan lain yang mengandungi nutrisi. Akibatnya kita akan lebih cepat lapar.

3. PERUT LEBIH KEMPIS

Satu hal yang menonjol setelah kita menukar karbohidrat sederhana dengan yang kaya serat adalah perut lebih cepat KEMPIS. Penjelasannnya adalah, kekurangan serat membuat koloni bakteria tidak sihat di usus lebih banyak. Hal ini menyebabkan perut menjadi kembung dan lebih besar daripada yang sebenarnya.

4. OTOT SEMAKIN KUAT

Bila kita ingin membina otot, mengurangkan makanan mengandungi karbohidrat sederhana adalah kemestian. Bahan makanan karbohidrat pada umumnya tidak mengandungi protein yang merupakan pembentuk otot.

5. LEBIH BERTENAGA

Memang tidak semua karbohidrat buruk, tetapi jika kita memilih karbohidrat yang kompleks, tenaga tubuh menjadi lebih stabil sehingga kita pun tak cepat merasa penat dan mengantuk.

Sumber

The post Ini AKIBAT Yang Berlaku Pada Tubuh Selepas BERHENTI Makan Nasi Dan Roti appeared first on BACA VIRAL.

No comments