Terkini. Asrama Tahfiz Perempuan TERBAKAR Di Rembau. 3 Pelajar Masuk Hospital !!!

Terkini. Asrama Tahfiz Perempuan TERBAKAR Di Rembau. 3 Pelajar Masuk Hospital !!! | REMBAU: Asrama perempuan Yayasan As Sofa Astana Raja, Chengkau, yang menempatkan seramai 37 pelajar, terbakar kira-kira 60 peratus, awal pagi tadi.

Bagaimanapun semua pelajar yang menyedari kejadian itu, sempat menyelamatkan diri dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Norazam Khamis, berkata Balai Bomba dan Penyelamat Rembau menerima panggilan kecemasan jam 1.50 pagi dan bergegas ke lokasi bersama satu jentera dan lapan anggota.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat Tampin turut menghantar bantuan sebuah jentera dan tujuh anggota.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami dapati api marak di bangunan satu tingkat dan memadamkan kebakaran dalam tempoh 30 minit,” katanya di sini, hari ini.

Norazam berkata, tiga pelajar yang menghidap asma mengalami sesak nafas dan dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, ketika ini pihaknya masih menjalankan siasatan berkaitan punca kejadian.




Sumber: Berita Harian

The post Terkini. Asrama Tahfiz Perempuan TERBAKAR Di Rembau. 3 Pelajar Masuk Hospital !!! appeared first on JOM MELANCONG.

No comments