Punca Kenapa 7 Remaja Bakar Tahfiz Boleh Terlibat Dengan DADAH..MENGEJUTKAN !!!

Punca Kenapa 7 Remaja Bakar Tahfiz Boleh Terlibat Dengan DADAH..MENGEJUTKAN !!!| Siakapkell – KUALA LUMPUR – Penyalahgunaan dadah di kalangan anak muda dan remaja di Malaysia kini berada di tahap yang membimbangkan. Mengikut Statistik dalam jangka masa 6 bulan pada tahun ini sahaja, sebanyak 1256 orang pelajar sekolah telah diuji air kencing dengan positif dadah.

BEKALAN DADAH MURAH & MUDAH DIDAPATI
Keadaan ini telah berlaku berikutan bekalan dadah telah boleh didapati dengan mudah dan berleluasa pengedarannya dengan harga yang murah. Pelajar sekolah sudah boleh menagih syabu dengan harga RM10 sepeket berbanding pada waktu lalu sepeket syabu berharga RM50. Ini bermakna dengan RM10 itu, para pelajar boleh berkongsi membeli syabu dan dengan mudah mereka boleh menjadi penagih muda.

Apa yang lebih mengejutkan, pengedar dadah kini lebih tertarik mensasarkan remaja belasan tahun & juga pelajar sekolah menjadi pengedar supaya dapat menarik lebih ramai lagi pelajar lain membeli dadah mereka di kawasan sekolah. Menurut pengedar dadah ini, pelajar sekolah lebih berlaku jujur berbanding pengedar dewasa.

TERLIBAT DENGAN KONGSI GELAP
Tambahan ramai pelajar sekolah akan membeli dan menjual dadah tersebut kepada rakan yang lain sebagai melindungi diri mereka dari dibuli di sekolah. Seorang pengedar dadah selalunya dikaitkan dengan ahli kongsi gelap dan tiada siapa yang berani membuat kacau dengan ahli kongsi gelap. Jadi dengan sangkaan itu, mereka berfikir akan berada dalam keadaan yang selamat.

Bekalan dadah juga dengan mudah dapat dijual dengan cepat kerana para pelajar ini telah diberikan wang saku oleh ibu bapa ke sekolah. Jadi pengedar dadah berasa gembira akan kehabisan stok syabu yang cepat dan menguntungkan.Bagaimana syabu boleh menjadi murah dan senang didapati? Kerana kini syabu boleh dibuat sendiri di makmal tempatan. Berbanding dahulu, syabu diimport dari negara luar, kini dengan membuka laman internet, semua orang boleh membuat makmal syabu mereka sendiri dan bekalannya sentiasa ada dan mudah didapati.

HARGA LEBIH MURAH BERBANDING DULU
Tiga ke empat tahun dahulu, harga 0.5 gram syabu adalah RM250 tetapi ini harganya telah turun kepada RM100 hingga RM150 setiap 0.5 gram yang boleh memberi ketagihan kepada 6 orang penagih. Selain dengan mudah menjual syabu kepada pelajar sekolah dan mendapat wang segera, pengedar dadah sudah berani menjualnya di kawasan berdekatan sekolah. Mereka akan membawa kereta dan singgah sebentar sambil menghulurkan dadah melalui tingkap kereta dengan pantas dan berlalu pergi.

Kata Tam, seorang bekas pelajar sekolah yang juga bekas penagih dadah, pengedar akan memberitahu warna dan nombor plat kereta mereka, jumlah dan jenis dadah yang ingin dibeli dan pembeli hanya perlu menghulurkan wang di lokasi yang telah ditetapkan untuk mendapatkan bekalan. Ketagihan syabu menjadi masalah yang membimbangkan di kalangan remaja dan pelajar sekolah. Dengan sekali mencuba syabu, amat sukar untuk meninggalkannya.

SANGGUP LAKUKAN JENAYAH DEMI DADAH
Apabila menjadi ketagihan syabu setiap hari, anak-anak muda yang masih bersekolah ini akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan bekalan dadah tersebut termasuk melakukan jenayah. Rosaknya masyarakat kerana dadah. Dengan adanya cara mudah membuat syabu sendiri di rumah, terdapat banyak risiko yang anak-anak muda ini akan diracuni dengan pelbagai racun yang membahayakan nyawa mereka sendiri.

Pengedar dadah itu tidak peduli akan keadaan dan keselamatan anak muda dan remaja ini. Mereka hanya tahu mendapatkan keuntungan dan merosakkan masa depan anak-anak muda dan masyarakat. Katakan tidak kepada dadah!

Sumber: Era Baru

The post Punca Kenapa 7 Remaja Bakar Tahfiz Boleh Terlibat Dengan DADAH..MENGEJUTKAN !!! appeared first on SIAKAP KELL.

No comments