Viral video 'jeritan azab seksa kubur', namun pemilik video kesal ustaz tak kreditkan kepadanya
Video yang dimuat naik Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz sejak jam 2.36 pagi tadi telah ditonton hampir sejuta kali dan dikongsi 28,926 pengguna Facebook.
"Jangan hiraukan apa yang anda nampak, tapi perhatikan betul-betul apa yang anda dengar. Sila beri pandangan," demikian kapsyen videonya.
Di ruangan komen, ada netizen berkata mereka terdengar suara jeritan yang didakwa seperti suara orang meminta pertolongan. Namun, tidak kurang juga yang berpendapat bahawa itu cuma suara ayam berkokok sahaja.
"Saya dengar orang dalam kubur itu menangis. Ada yang meminta tolong. Suara kebanyakan menjerit suara perempuan. Takutnya Ya Allah," kata Siti Aishah Mustapha.
"Tak boleh nak percaya sebab suara roh yang diseksa itu hanya manusia dan jin yang tak boleh dengar," kata Mohd Aiman.
"Bukan ke manusia dan jin tak boleh dengar seksaan di alam kubur? Hanya Rasulullah sahaja yang boleh dengar," kata Moyy Eugene.
"Macam mana ustaz boleh ada video ini? Ini video original dari kawan saya sewaktu dia dan keluarga bekerja di kubur di Singapura, buat kubur dan batu nisan.
"Ustaz muat naik video ini seolah-olah ustaz yang empunya. Ustaz ada minta izin tak dari tuan empunya? Sepatutnya share dari sumber asal tetapi tidak. Sebaliknya dimuat turun dan dimuat naik semula seolah-olah dirakam oleh ustaz sendiri. Ini dah kira mencuri dan menipu namanya," kata Nepalese Ladee.
Menurut Nepalese, video itu dirakam sekitar bulan May 2017 dan baru dimuat naik ke media sosial seminggu yang lalu oleh pemiliknya dengan tujuan perkongsian pengalaman.
"Lain kali minta izinlah ustaz. Setidak-tidaknya beri kredit kepada saya. Islam tak ajar benda-benda begini, mencuri hak orang lain seolah-olah ia milik ustaz. Mana ajaran mulia Islam dalam diri ustaz? Ini video kepunyaan kami, warga Singapura. Astaghfirullahalazim," katanya pemilik asalnya, Sarah Schmitzkova.
Post a Comment