Selepas Taufan Harvey. Saintis Temui Makhluk Misteri Terdampar Di Pantai Texas Yg MENAKUTKAN !!!

Selepas Taufan Harvey. Saintis Temui Makhluk Misteri Terdampar Di Pantai Texas Yg MENAKUTKAN !!! | KITA VIRAL – Taufan Harvey yang melanda kawasan Texas baru-baru dikatakan telah menyebabkan kemunculan makhluk aneh lagi misteri yang dilihat terdampar di salah sebuah pantai di Texas. Namun begitu, makhluk tersebut telah dikenal pasti spesies dan jenisnya setelah seorang netizen memuat naik gambar haiwan tersebut di twitter.

MUAT NAIK MAKHLUK KE TWITTER

Seorang pengguna twitter, Preeti Desai telah menemui ‘ikan’ yang sudah reput itu lalu memuat naik gambar makhluk berkenaan di twitter untuk mendapatkan bantuan orang ramai bagi mengenal pasti apakah sebenarnya spesies makhluk tersebut.

Dia telah memuat naik beberapa kepingan foto makhuk aneh itu dan bertanya kepada orang ramai tentang identiti sebenar makhluk aneh itu. Statusnya itu telah sampai kepada pakar biologi dan belut Dr Kenneth Tighe, yang percaya ia adalah ular belut fangtooth yang lebih dikenali sebagai belut tusky.

MAKHLUK PELIK BERASAL DARI LAUTAN ATLANTIK

Ramai yang berpendapat bahawa Taufan Harvey yang membawa angin kencing dan banjir ke Texas telah membawa sekali makhluk ganjl itu ke bandar tersebut. Belut tutsky itu dikatakan berasal dari Teluk Mexico dan biasanya dijumpai di perairan barat lautan Atlantik pada kedalaman antara 30 dan 90 meter.

Desai yang berada di pantai tersebut memberitahu BBC: “Ia adalah sesuatu yang tidak dijangka, ia bukan sesuatu yang biasanya dilihat di pantai. Saya fikir ia mungkin dari laut dalam yang telah dibawa naik ke pantai. “

Menurut Desai lagi, dia telah menyiarkan gambar di twitter kerana dia tahu ramai saintis yang menggunakannya, dan tidak lama kemudian seorang kawan membalas status twitternya lalu menghubungi Dr Tighe.

“Saya mengikuti banyak saintis dan penyelidik. Terdapat komuniti hebat yang terdiri daripada golongan pakar yang sangat membantu, terutamanya apabila menjawab soalan mengenai dunia atau mengenal pasti haiwan dan tumbuh-tumbuhan,” katanya.

Kredit : EraBaru

The post Selepas Taufan Harvey. Saintis Temui Makhluk Misteri Terdampar Di Pantai Texas Yg MENAKUTKAN !!! appeared first on KITA VIRAL.

No comments