Ridzuan Puzi Terlepas Beraksi 100M Sbb Denggi. Nekad Berlari utk 200M & Akhirnya…

Ridzuan Puzi Terlepas Beraksi 100M & 200M Sbb Denggi. Nekad Berlari utk 400M & Akhirnya… | Siakapkell – MOHAMAD Ridzuan Mohamad Puzi membuktikan dirinya sangat luar biasa apabila menghadiahkan pingat emas acara 200 meter (m) T36 (celebral palsy) dengan catatan 26.03s di hadapan penyokong Malaysia meskipun berlari dalam keadaan tidak begitu sihat gara-gara demam denggi.

NEKAD BERLARI DALAM KEADAAN SAKIT

Digelar Dek Wan, pelari sensasi ini dilihat mengerah sepenuhnya tenaga yang ada untuk melakukan pecutan kira-kira 50m terakhir, sekali gus mengecewakan pesaing dari Indonesia, Muhamad Agung Laksana yang memenangi pingat perak dengan catatan 26.20s.

TERLEPAS ACARA 100M & 200M AKIBAT DEMAM DENGGI

Sebelum ini, Mohamad Ridzuan yang memenangi pingat emas acara 100m T36 di temasya Paralimpik Rio, Brazil 2016 tidak diturunkan dalam acara 100m dan 400m kerana disyaki mengalami demam denggi sejak Khamis lalu. Dia terus dipantau pasukan perubatan Institut Sukan Negara (ISN) bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.

Kepantasan pecutan Dek Wan menyaksikan seorang lagi pelari negara, Mohd Rezza Md Rashid terpaksa berpuas hati di kedudukan pingat gangsa dengan catatan 29.69s. “Syukur Alhamdulillah, saya dapat buat yang terbaik, saya amat gembira dapat beraksi dan menyumbangkan pingat emas untuk Malaysia … terima kasih semua,” kata Mohamad Ridzuan yang berasal dari Padang Besar, Perlis ketika ditemui di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Sementara itu, ketua jurulatih olahraga negara, R Jeganathan berkata, beliau berpesan kepada Mohamad Ridzuan agar tidak terlalu memaksa diri sendiri kerana dia masih di bawah seliaan doktor.

Sumber: Harian Metro

The post Ridzuan Puzi Terlepas Beraksi 100M Sbb Denggi. Nekad Berlari utk 200M & Akhirnya… appeared first on SIAKAP KELL.

No comments