'Pahala diorang banyak sangat kot sampai lifeless nak kutuk orang' - Afifah nafi sindir Bella #gentingjerbukanlondon


Kontroversi Afifah dan Aliff Aziz telahpun berakhir pada awal bulan Ogos lalu, namun kembali menjadi bualan hangat netizen apabila pelakon wanita berkenaan memuat naik gambar berserta dengan kapsyen + hashtag yang didakwa menyindir Bella Astillah dan suaminya. 

Dua hari yang lalu, Afifah memuat naik gambar dan kapsyen berikut:

"Wore this beautiful dress by @_joieme_ to genting! Hahaha! It wasn't cold surprisingly or maybe this dress kept me warm. Thank you @_jasminechua_! #GentingjerbukanLondon #takpayahpakaitebal2sis" tulisnya. 


Bagaimanapun, netizen mendakwa hashtag itu ditujukan kepada Bella yang juga baru-baru ini memuat naik gambar dirinya bersama anak dan suaminya di Genting.

Sementara itu di ruangan komen gambar, Afifah menafikan dakwaan yang tidak berasas itu dan meminta netizen berhenti memfitnahnya. 

"It's okay. Pahala diorang banyak sangat kot sampai lifeless nak kutuk orang. Allah bless them. 

"They never affect me coz they all come at once macam lalat and so they'll be gone at once too.



Apabila terlalu ramai yang datang mencemari ruangan komen gambarnya dan melemparkan tuduhan tersebut, Afifah tampil menjawab beberapa komen netizen.

"Masalahnya jangan stalk kalau nak terasa dengan hashtag orang yang tak ada kena mengena dengan dia. Obviously stau Genting tu semua pakai tebal. But it's okay. I don't do sarcasm, so biar la dia nak terasa ke apa. Allah bless her.

"Dah terang-terang hashtag I tulis 'sis'. But then again, mulut orang tak boleh nak tutup. If they wanna take it that way, then go ahead and continue buat dosa. I tak rugi apa-apa," katanya. 



Dalam masa yang sama, ramai peminat Afifah juga turut tampil mempertahankan pelakon wanita itu dan mengecam tindakan golongan haters yang masih belum move on dari menyakiti hati Afifah. 

Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat mungkin perkara itu terjadi secara kebetulan sahaja dan netizen tidak sepatutnya memperbesarkan isu ini. Move onlah kita semua. 

#beritainitidakakanmenurunkanhargaminyak
#makaberhuhulahkitasemua

No comments