KENAPA Ibu TAK BALAS Surat Anak Dari Sekolah HENRY GURNEY..ISI Surat Ini Pasti Buat Semua SAYU
KENAPA Ibu TAK BALAS Surat Anak Dari Sekolah HENRY GURNEY..ISI Surat Ini Pasti Buat Semua SAYU | Baca Viral – Melihat wajah² anak² yg melakukan khianat membakar Tahfiz tu. Dari sudut yg lain, aku jadi simpati dgn nasib depa yg mana depa akan lalui dan berada lama di Henry Gurney. Walau ramai mengherdik, kecam dan memaki, aku juga x lepas memaki selepas tahu tentang khianat yg depa lakukan..
Tapi tersentuh juga bila baca surat salah seorang penghuni Henry Gurney yg tersalah post surat kealamat rumah orang lain ni..
Ya, depa ni budak² yg pernah melakukan kesalahan berat .. berlinang juga mata jantan aku bila baca warkah ni..
kita belum diuji dgn anak senakal/jahat mereka.. syukur lah ..
hampa baca la sendiri noo..
p/s : siapa yg kenal ibu dia…tolong sampaikan surat ni…
[Norliza bt Hassan ~ Baling, Kedah]
SURAT DARI HENRY GURNEY
Assalamualaikum, kepada keluarga yang dirindui selalu, adik harap semuanya baik-baik sahaja hendaknya. Amin..
Mak dah makan ke belum? Adik baru selesai makan. Mak hari ini nak masak apa? Adik di sini rindu sangat pada masakan mak. Bilalah adik nak balik ni, umm.. tak sabarnya nak balik jumpa keluarga di rumah.
Iman macam mana sekarang? Adik rindu sangat pada Iman. Iman tahun depan dah nak masuk sekolah, adik harap dia dapat belajar tinggi-tinggi. Boleh jadi doktor, kan mak? Amin.
Mak, adik-adik macam mana? Adik rindu sangat pada mereka. Mereka rindu tak pada adik? Adik Zul macam mana sekarang? Tentu dia semakin nakal kan mak?
“MAK KENAPA TAK BALAS SURAT ADIK”
Mak, kenapa adik hari-hari hantar surat, mak tak pernah balas pun? Mak ada masalah ke? Kalau mak ada masalah, ceritalah pada adik di sini..
Mak, adik rindu sangat pada mak. Adik nak sangat peluk mak tetapi jauh, nak buat macam mana. Adik terpaksa terima sebab ini semua salah adik.
Mak, abah macam mana? Adik rindu sangat pada abah. Abah rindu tak pada adik? Entah-entah abah tak ingat siapa dah adik ini kan? Mak, adik minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Adik harap abah maafkan adik. Mak, Kak Ida macam mana? Adik rindu sangat pada dia. Kirim salam pada Kak Ida tau.
Adik Husna pula macam mana? Sihat tak? Bahagia tentulah bahagia kan?
Mak, sampai sini saja yang adik dapat tulis untuk mak. Lain kali adik tulis surat lagi. Mak jangan lupa pos gambar dan hantar surat pada adik tau. Adik tunggu tau.
Mak, kirim salam pada semua. Terimalah peluk cium dari adik. I love you family…
Sumber : Pakar Diari Hati
The post KENAPA Ibu TAK BALAS Surat Anak Dari Sekolah HENRY GURNEY..ISI Surat Ini Pasti Buat Semua SAYU appeared first on BACA VIRAL.
Post a Comment