Datuk TERKEJUT Lihat Gambar Cucunya Salah Seorang Suspek Kebakaran Tahfiz !!!

Datuk TERKEJUT Lihat Gambar Cucunya Salah Seorang Suspek Kebakaran Tahfiz !!! | KERAMAT – Seorang datuk kepada salah seorang daripada tujuh suspek yang ditangkap polis dalam kes bakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terkejut dan sebak apabila mendapat tahu cucunya terlibat dalam kes tersebut.

Cucunya yang berusia 15 tahun ditangkap polis semalam selepas disyaki terlibat dalam kes kebakaran mengorbankan 23 nyawa itu.

Amrun, 55, yang bekerja  di tasik yang terletak di belakang pusat tahfiz yang dibakar itu berkata, cucunya itu seorang yang baik tapi disebabkan oleh pengaruh kawan-kawan menyebabkannya terjebak dalam gejala sosial.

“Itu anak (cucu) dia memang baik tapi disebabkan pengaruh kawan (masalah sosial).

“Kawan dia terlalu kuat (pengaruh),” katanya semasa ditemui MalaysiaGazette.

Wartawan menunjukkan gambar suspek yang juga cucunya, Amrun dilihat sedih dan terkedu sebaik melihat gambar yang dikeluarkan oleh polis semalam.

Cucunya itu tidak bersekolah, ibu bapanya sudah bercerai dan menghabiskan banyak masa melepak dengan kawan-kawan.

Menurut beliau, emak suspek bekerja sebagai pencuci.

Terdahulu, seorang pengawal keselamatan yang ditemui memberitahu salah seorang suspek mempunyai datuk yang bekerja sebagai penjaga tandas.

Polis semalam mengesahkan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar awal pagi Khamis lalu berpunca daripada tindakan khianat susulan tangkapan ketujuh-tujuh suspek.

Ketujuh-tujuh yang ditangkap telah dibawa ke mahkamah dan direman selama tujuh hari dari 16 hingga 22 September.

Hasil ujian air kencing menunjukkan enam daripada suspek positif ganja dan dipercayai khayal semasa melakukan perbuatan tersebut.

Kredit : MalaysiaGazette

The post Datuk TERKEJUT Lihat Gambar Cucunya Salah Seorang Suspek Kebakaran Tahfiz !!! appeared first on HARIAN METRONI.

1 comment:



  1. Halo.
    Saya Mr Rahel Cohran pemberi pinjaman pinjaman pribadi yang memberikan pinjaman peluang waktu hidup kepada individu, perusahaan bisnis, asuransi, dll. Apakah Anda dalam kesulitan keuangan atau membutuhkan pinjaman untuk berinvestasi atau Anda memerlukan pinjaman untuk membayar tagihan Anda tidak mencari lebih lanjut seperti kita di sini untuk membuat semua masalah keuangan Anda menjadi sesuatu dari masa lalu. Kami menawarkan semua jenis pinjaman dalam denominasi mata uang dengan tarif 2% tanpa biaya di muka. Saya ingin menggunakan media besar ini untuk memberi tahu Anda bahwa kami siap membantu Anda dengan segala jenis pinjaman untuk menyelesaikan masalah keuangan Anda.Jika ya kemudian kembali sekarang melalui Email (rahelcohranloan@gmail.com) untuk lebih jelasnya, ANDA SANGAT BERTEMU.

    ReplyDelete