Gadis Terlanjur Mengaku Ketagih TONTON Video … !! ROSAK ! Anak Remaja SEMAKIN Tenat
Gadis Terlanjur Mengaku Ketagih TONTON Video … !! ROSAK ! Anak Remaja SEMAKIN Tenat | Baca Viral – Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja masa kini amat merunsingkan. Apa tidaknya, merekalah generasi pelapis untuk memimpin negara kita. Apa agaknya akan terjadi jika masalah seperti ini berlarutan. Kita tidak boleh menuding jari sesama sendiri. Semua pihak harus mengambil peranan mencegah dan membanteras semua gejala ini !
KETAGIH VIDEO LU*@H
KESERONOKAN hanya di hujung jari. Itulah yang difkirkan oleh Juliana Abas (bukan nama sebenar) ketika pertama kali terjumpa video lu*@h di Internet semasa berkunjung ke rumah kawannya.
Pada umurnya hanya 12 tahun, Juliana tidak mengerti apa itu hubungan s3ks tetapi merasakan gambar dan video yang dimuat turun itu sangat mengasyikkan. Tidak lama selepas itu, dia jadi ketagih kepada bahan lu*@h, sama seperti budak-budak lelaki yang sebaya dengannya.
“Saya mula dengan tonton video lu*@h waktu darjah 6. Waktu itu saya dengan kawan di rumah dan buka Internet. Kami hendak download lagu dan keluar video lu*@h.
“Waktu itu saya tidak tahu apa itu s3ks. Masa itu bila dah tahu, saya jadi ketagih, dan mula di rumah ada wi-fi jadi boleh cari bila-bila masa,” katanya kepada The Malaysian Insight dengan nada tersekat-sekat, malu hendak berkongsi kisah lampaunya.
Tidak seperti kebanyakan rakyat Malaysia, Juliana tidak ada kemudahan Internet semasa tinggal di sekolah asrama. Tetapi begitu dia pulang ke rumah pada hujung minggu atau semasa cuti sekolah, remaja yang kecil molek ini akan segera mencari video lu*@h.
“Saya balik rumah. Mak ayah tidak pernah tahu apa yang saya buat. Lagipun mereka macam tak pentingkan sangat didikan agama,” katanya, apabila ditanya kenapa dia tidak dipantau di rumah.
Kerajaan pada Mei tahun lalu mendedahkan kajian 4.8% remaja Malaysia berusia 13 hingga 24 tahun pernah melakukan hubungan s3ks.
Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu turut mendapati 35.3% remaja mengaku pernah menonton p*rn*grafi, yang mana 60% bahan lu*@h itu diperoleh menerusi Internet.
PERGAULAN BEBAS DI KOLEJ
Ketagihan Juliana pada bahan lu*@h ini memuncak apabila dia masuk sebuah kolej swasta di Shah Alam. Dia menyewa rumah dengan kawan-kawannya selepas tamat tahun pertama pengajian. Tidak lama selepas itu, teman lelakinya ikut pindah sama.
“Waktu itu kawan-kawan sewa rumah bawa masuk boyfriend ke rumah. Jadi saya pun selamba bawa masuk teman lelaki tidur sebilik.
“Kami banyak kali buat s3ks. Tak boleh kira.”
Dunia Juliana berubah pada 2015 apabila dapat tahu dia hamil empat bulan.
Selepas melahirkan bayi kandungannya, dia menyerahkan anak itu kepada sebuah keluarga angkat. Dia kemudian memutuskan untuk membina hidup baru dan bersetuju masuk sebuah pusat perlindungan.
Juliana adalah seorang di antara sekian banyak remaja wanita yang ketagih porno dan seks dan kini menerima bimbingan dan kaunseling di Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Selangor.
“Kalau sesat di hutan, kita kena cari tempat tinggi untuk jumpa jalan keluar. Kalau sesat dalam kehidupan, kita kena cari Allah, yang Maha Tinggi ,” katanya, yang sudah 14 bulan tinggal di pusat perlindungan itu.
SUDAH KETAGIH SELEPAS DIR*G*L
Di Raudhatus Sakinah, Juliana bertemu dengan perempuan tinggi lampai, Maryam Sufie (bukan nama sebenar), 19, yang lapan bulan mengandung.
Kata Maryam, dia dir*gol oleh teman lelakinya ketika berumur 13 tahun.
“Saya waktu itu tidak fikir panjang. Pada asalnya saya tidak rela tetapi lama-kelamaan sudah terbiasa,” kata gadis berkaca mata bulat itu.
Dia mengaku ketagih s3ks selepas berkenalan dengan bahan lu*@h yang ditemuinya di Internet semasa berumur 14 tahun.
“Dulu saya suka tengok video lu*@h. Bila dah selalu tengok, saya tertarik untuk mencuba,” katanya, yang pertama kali melakukan hubungan badan semasa di Tingkatan Tiga.
SISTEM PENDIDIKAN TEMPANG
Ahli sosiologi Dr Kartini Aboo Thalib @ Khalid berkata peningkatan angka salah laku juvana, termasuk ketagihan pada bahan lu*@h dan s3ks, boleh disurih pada sistem pendidikan yang hanya mengutamakan pencapaian akademik.
“Sistem sekolah harus menyeluruh dan praktikal untuk menanam nilai hidup yang baik,” kata Dr Kartini kepada The Malaysian Insight.
Katanya kerajaan juga perlu mengakui keperluan untuk menangani peningkatan isu-isu kesihatan mental dalam kalangan generasi muda.
Remaja yang ada masalah p*rn*grafi ini tergolong dalam kategori sakit mental kerajaan perlu menyediakan rawatan dengan campur tangan melalui pemulihan diri jasmani akhlak dan sebagainya,” kata timbalan pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia itu.
“Remaja seperti ini menghadapi tekanan perasaan dan mencari ruang untuk mengisinya, maka jika tidak dibimbing hari-hari menonton video lu*@h maka mental dan hati jadi rosak.”
Menurut Juliana, keinginannya kepada seks bermula apabila dia tidak lagi dapat mengawal diri dahagakan pornografi.
“P*rn*grafi adalah permulaan pada s3ks bebas,” katanya.
“Memang ibu bapa kena sekat dan mereka kena periksa telefon anak-anak. Mereka perlu ambil tahu apa yang anak mereka buat.”
Itulah juga amaran Maryam kepada ibu bapa dan remaja sebaya dengannya.
Dia bersekedudukan di rumah teman lelakinya tahun lalu tetapi apabila dapat tahu dirinya mengandung awal tahun ini, hubungan itu terputus. Dia kemudian berpindah ke Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah untuk mendapatkan sokongan dan bantuan sementara menunggu bayi kandungannya lahir.
Kini, gadis asal Kuala Lumpur itu sudah bertaubat dan mahu membina hidup baru selepas melahirkan anaknya.
“Anak ini saya akan berikan kepada keluarga angkat. Mula-mula memang rasa hendak jaga tapi saya masih kecil dan tak mampu.
“Biarlah orang lain yang jaga untuk masa depan dia,” kata Maryam sambil mengusap perutnya.
Sumber : MalaysianInsight
The post Gadis Terlanjur Mengaku Ketagih TONTON Video … !! ROSAK ! Anak Remaja SEMAKIN Tenat appeared first on BACA VIRAL.
Post a Comment