'Tak pernah lagi aku jumpa method of construction seperti yang dibuat oleh DBI ini, gila lah!'


Terkejut baca pendedahan arkitek bertauliah ini mengenai pembinaan rumah murah DBI yang sedang viral di media sosial sejak beberapa minggu yang lalu. Melihat pada gambar saja, rumah yang kononnya dijual dengan harga RM40K+ ini tersangat-sangatlah rapuh dan seperti tidak selamat untuk diduduki. Pendek kata, rumah bantuan kerajaan jauh lebih kukuh dan selamat dari rumah yang tidak diketahui daya ketahanan dan keselamatannya. 

SEBELAH salah satu projek aku, ada projek DBI yang viral baru baru ini. Masa mula mula masuk site hari itu, aku dah borak-borak dengan supervisor dia. Masa itu tak viral mana lagi. Adalah aku tanya-tanya teknik dan method of construction yang dikatakan 'IBS' yang diorang guna itu, lemah jantung aku dengar. 

Sepanjang pengajian dan pengalaman sebagai akitek dan kontraktor, tak pernah lagi aku jumpa method of construction seperti yang dibuat oleh DBI ini. Supervisor dia kata, teknik mereka langsung tak pakai columns and beams! Gila lah.



Gambar kedua itu ialah foam board yang digunakan oleh DBI untuk buat rumah. Tebalnya adalah dekat 4 inci. Board itu sandwiched dengan jaring dawai. Biasanya untuk non-load bearing wall, kita buat structural frame pakai besi reinforcement bars + concrete. Engineer akan kira load, dead load dan segala mak nenek load lah. Kemudian engineer akan tetapkan saiz dan posisi columns and beams, selain saiz besi dan lain-lain. Semua itu untuk memastikan berat dari bumbung rumah dan beban lain, well distributed dan diturunkan ke footings melalui structure frame.

Aku tanya supervisor DBI ini, kalau span dah panjang sangat, takkan langsung tak ada tiang untuk support? Dia kata dengan confidentnya, tak perlu. Kalau perlu pun, dia akan guna foam board itu untuk buat tiang! Aku tanya besi reinforcement bar macam mana? Dia kata tak perlu. "Pakai ini saja dah okay bang". 

Fuh! Aku tanya lagi boleh buat rumah dua tingkat ke? Dia kata boleh. Floor slab lantai tingkat 1 buat macam mana? Pakai besi BRC dengan concrete macam biasa ke? Dia kata lantai tingkat satu pun pakai foam ini juga, tak payah besi BRC. Ini kalau engineer dengar, menangis dan menyesal belajar sivil engineering bertahun tahun.



Hari ini aku pergi, aku tengok sub con DBI yang ambil projek ini duduk bincang dalam kereta dengan supervisor dia, agak lama jugalah. Selepas sub con dia dah pergi, aku pergilah menyapa superior itu. 

"Ada masalah ke?" 

Dia kata, "Itulah abang, orang Melayu ini suka dengki sesama sendiri. Sekarang company dah susah." 

Aku tanyalah kenapa, katanya company dok tangguh bayar claim sub con. Mana taknya, sub con ambil dari DBI RM90K, DBI jual kat customer RM45K!

Katanya harga RM45K itu harga promosi. Sekarang dah tak bagi harga itu lagi dah. Tapi masalahnya, DBI buka promosi itu sampai 185 orang. Aku faham kalau company ada duit, tak jadi masalah untuk guna tektik marketing seperti ini. Tapi kalau ye pun, mungkin 4-5 buah rumah bolehlah. Ini sampai 185 buah rumah. 

Kalau untuk sebuah rumah, syarikat kena tampung RM45K, 185 rumah dah lebih RM8 juta. Kalau tak silap aku, sub con ambil upah saja, barang DBI yang bagi. Jadi, kalau tambah kos material lagi? Berapa juta lagi? Mana nak dapat duit banyak itu nak siapkan rumah rumah ini? Sangatlah tak sustainable.

Supervisor itu kata, rumah yang dia tengah buat ini ialah rumah yang ke 16 dibuat oleh DBI. Maknanya setakat ini ada 169 buah rumah lagi nak dibina. Kalau dah rumah ke 16 dah sangkut, macam mana yang lain? 

Supervisor tu kata diorang akan siapkan sampai plaster dinding sahaja, sebab sampai takat itu saja yang DBI bayar kepada sub con. Sekurang kurangnya sub con ini masih bertanggungjawab. Dia tak terus lari begitu saja. DBI lah yang kena tanggung.

Kesimpulannya, bukan masalah orang dengki. Kalau cara yang digunakan itu betul dan tidak merugikan client, orang takkan jadi masalah. Malah mungkin ramai yang akan belajar dan apply cara dia kalau betul menguntungkan. 

Ini, suka hati buat material, claim sistem IBS. Entah-entah IBS itu pun dia tak tahu apa maksudnya. Pengajaran kepada pengguna, jangan rambang mata tengok tawaran harga murah buat rumah. 

Construction industry ini ada disiplin dia. Kami habiskan masa bertahun tahun masuk universiti, belajar architecture, engineering, survey, untuk faham selok-belok construction. Rumah ini kita buat untuk kita diami dengan keluarga.

Jangan mempertaruhkan keselamatan keluarga kita untuk jimat duit. Hubungi mereka yang benar benar layak dan berpengalaman untuk buat rumah okay. Sekian.

Sumber: Faiq Khalifa

No comments