Kenapa sampai jadi begini?


BRUNEI - Viral video bapa kepada seorang pelajar memarahi dan mengasari guru sekolah anaknya sehingga mengalami kecederaan yang serius di bahagian perut. 

Dua video yang dimuat naik laman Facebook Borneo itu menunjukkan bapa pelajar yang datang bersama adik lelakinya itu dihalang oleh beberapa guru yang lain dari terus menyerang guru terbabit. 

Lapor laman berkenaan, apa yang berlaku adalah kes bapa pelajar tidak berpuas hati anaknya dihukum oleh guru terbabit di mana pelajar berkenaan mengadu dia telah digantung sekolah. Tetapi setelah disiasat, rupa-rupanya pelajar terbabit membuat cerita yang tidak benar dan merayu pihak sekolah membuang kesnya. 


Berdasarkan komen netizen, Cib Scxso, dua lelaki terbabit datang ke sekolah untuk berunding dan mendapatkan kepastian dari guru berkenaan apa sebenarnya kesalahan anaknya. 

"Kes cikgu susah nak dibawa berunding. Bapa kepada pelajar yang dihukum ini hanya mahu meminta kepastian mengapa anaknya dihukum. Malah, dia juga meminta bukti apakah benar anaknya merokok. 

"Namun cikgu itu menampar muka bapa saudara pelajar terbabit. Maka tercetuslah pergaduhan sehingga tumbuk menumbuk, menyebabkan cikgu itu cedera, retak tulang pipi," katanya. 


Menurut seorang lagi netizen, Timotius Jaunis, dua lelaki berkenaan pada awalnya mahu menyelesaikan kes itu secara baik. Malangnya guru berkenaan mula berkasar dengan mereka. 

"Dari apa yang saya dengar mereka cakap dalam video viral ini, mereka mahu selesaikan masalah ini dengan cara baik. Tetapi cikgu itu masuk saja dalam pejabat terus berkasar dengan mereka berdua.

"Yang si adik kepada bapa pelajar itu ditampar oleh cikgu. Yang si bapa ini pula cuba untuk tidak menumbuk tetapi cikgu itu yang mula menumbuk, terus si bapa ini membalasnya," katanya. 



Difahamkan, kes itu telah diselesaikan dengan cara baik dan dua lelaki terbabit telah mengaku salah di atas perbuatan mereka itu. Namun, bapa pelajar yang bekerja sebagai askar dilaporkan telah diberhentikan serta merta. 

Sementara itu, guru lelaki berkenaan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan dipercayai mengalami pendarahan dalaman di bahagian perut.

Tidak kiralah siapa yang betul atau siapa yang salah, janganlah memilih kekasaran untuk menyelesaikan masalah. Lebih memalukan apabila kejadian itu berlaku di sekolah, tempat anak-anak mencari ilmu. Ibu bapa juga dinasihatkan tidak terus percaya bila anak membuat aduan. Sebaliknya siasatan dan dapatkan kepastian dari guru sekolah. 

No comments