Tahfiz Ittifaqiyah : Ada KELIBAT MENCURIGAKAN Dirakam Oleh CCTV Pejabat PPIM !!!

Tahfiz Ittifaqiyah : Ada KELIBAT MENCURIGAKAN Dirakam Oleh CCTV Pejabat PPIM !!! | Baca Viral – Jika betul apa yang dirakam oleh kamera litar tertutup ini, maka mari sama-sama kita doakan semoga pelaku yang berniat jahat itu mendapat balasan setimpal. ALLAHUAKBAR

RAKAMAN CCTV PEJABAT PPIM

KUALA LUMPUR: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menunjukkan kelibat seorang lelaki yang memanjat pagar sebelum menceroboh masuk ke dalam kawasan premis bersebelahan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata kelibat lelaki berkenaan dirakam sekitar jam 3.10 pagi oleh sebahagian daripada 16 CCTV di pejabat PPIM.

KELIBAT LELAKI MASUK KE TAHFIZ BERKENAAN

Katanya, suspek lelaki itu dikesan masuk melalui pintu pagar kiri sebelum melalui pekarangan pejabat PPIM dan menuju ke bahagian kanan yang juga bersebelahan dengan pusat tahfiz berkenaan.

“Kita tidak menolak kemungkinan kejadian ini ada kaitan dengan pencerobohan ke pusat tahfiz berkenaan.

“Kita sudah menyerahkan semua rakaman berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut malah mereka meneliti semua rakaman sejak pagi tadi.

“Kita tidak tahu motif sebenar pencerobohan lelaki terbabit namun tidak menafikan kemungkinan turut menyasarkan pejabat PPIM,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Sumber : BeritaHarian

The post Tahfiz Ittifaqiyah : Ada KELIBAT MENCURIGAKAN Dirakam Oleh CCTV Pejabat PPIM !!! appeared first on BACA VIRAL.

No comments