Kubur Aneh Di Makam DIRAJA Langgar ! “Kenapa Kubur Ni PELIK AYAH?”

Kubur Aneh Di Makam DIRAJA Langgar ! “Kenapa Kubur Ni PELIK AYAH?” | Baca Viral – Di sebalik misteri kubur pelik di Makam Diraja Langgar, Ini kisah yang ramai tak tahu berkenaan sejarah kesultanan Melayu Kedah.

“KENAPA MAKAM NI PELIK AYAH?”

“Kenapakah makam ini jadi begini abah ?”
“Sultan Kedah kan sangat kaya ? ”
“Dulu kan Sultan Kedah bagi kat Siam Bunga Emas dan Bunga Perak macam kat muzium tu… macam tu saja…Kat Siam ?”
“Kenapa makam ni tak cantik macam makam lain abah??”

DENDAM KESUMAT

Inilah makam Tunku Yaakob atau di kenali Tunku Embon Ibni Tunku Abdullah.
Sejarah tidak akan menipu kita..Boleh diceritakan kepada anak cucu kita.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Makam ini pernah di gali beberapa kali . Sebabnya Tunku Yaakob menderhakai Sultan Kedah berpakat dengan Siam. Sebenarnya makam ini tidak berada di dalam kawasan Makam DiRaja . Disebabkan kawasan makam DiRaja ini terpaksa dibesarkan kerana pertambahan makam makam kerabat Di raja Kedah, maka makam Tunku Yaakub terpaksa di gali semula kemudian di tanam di luar Makam Diraja kerana tidak mendapat perkenan Sultan yang memerintah.

Sudah beberapa kali makam ini terpaksa di gali untuk di tanam di luar Makam Di Raja dengan kuasa Allah di atas Makam Tunku Yaakob ini timbul terbinanya sarang anai-anai sebegini. Akhirnya makam ini KEKAL berada di dalam kawasan Makam DiRaja sehingga sekarang atas persetujuan Sultan Abdul Halim tambahan pula sarang anai-anai yang besar berada diatas makam ini.

Kisah Tunku Yaakob menentang Sultan Kedah ketika itu menyebabkan Sultan Kedah kehilangan Takhta dan melarikan diri ke Melaka.

Akhirnya Tunku Anum berjaya mendapatkan balik negeri Kedah dari taklukan Siam dan Kedah terpaksa menghantar BUNGA EMAS dan BUNGA PERAK kepada Kerajaan Siam. Kisah galur sejarah ini membawa kepada terbentuknya Kerajaan Negeri Perlis sekarang ini.


KESULTANAN MELAYU KEMBALI BERKUASA

Pada tahun 1842 pemerintah Thai melalui Raja Nangklao atau Rama III di Bangkok secara rasmi terpaksa menyerahkan kedaulatan Kedah kepada Sultan Kedah atas desakan pihak Inggeris, khususnya Gabenor Bonham.

Mengenang jasa Tunku Anum terhadap negeri Kedah maka Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah menghadiahkan kepadanya wilayah Kubang Pasu dengan 24 mukim yang terdapat di dalamnya.

Sebagai Raja Kubang Pasu beliau telah menjadikan Pulau Pisang sebagai pusat pentadbirannya.

Sultan Ahmad Tajuddin turut mengisytiharkan Perlis sebagai wilayah baru dan melantik Syed Husain Jamalullail sebagai pemerintah yang pertama.

Syed Husain Jamalullail merupakan keturunan Arab yang turut berperanan bersama-sama kelompok Arab yang tinggal di wilayah Perlis dalam membantu pengembalian takhta negeri Kedah daripada Thai.

Wilayah Setul pula diisytiharkan sebagai wilayah baru dan melantik Tunku Bisnu sebagai pemerintah. Tunku Bisnu menjadikan Bandar Mambang Segara sebagai pusat pemerintahan.

Sumber : Mohd Shukor Nor Hafiza

The post Kubur Aneh Di Makam DIRAJA Langgar ! “Kenapa Kubur Ni PELIK AYAH?” appeared first on BACA VIRAL.

No comments