“Kelibat Ustaz Tiba-Tiba Hilang.. ” ALLAHUAKBAR Sungguh Mulia Jasa Ustaz…

“Kelibat Ustaz Tiba-Tiba Hilang.. ” ALLAHUAKBAR Sungguh Mulia Jasa Ustaz… | Baca Viral – Seperti laporan media massa berkenaan kebakaran yang menimpa pusat tahfiz ini, pasti akan ada yang tersentuh dengan cerita Ustaz Mohd Yusof. Apa yang dilakukan Ustaz ini pasti buat kita rasa sayu..

USTAZ TURUT TERKORBAN

WARDEN, Ustaz Mohd Yusof Md, 26, seorang daripada dua warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat yang terkorban dikatakan dapat keluar dari asrama yang terbakar sebelum masuk semula bagi menyelamatkan anak muridnya yang terperangkap, namun akhirnya terkorban.

TERUS BUAT PANGGILAN KECEMASAN

Peniaga, Hadam Ismail, 50 yang menghubungi talian kecemasan 999 sejurus asrama itu terbakar berkata, pada mulanya dia melihat dua lelaki turun dari tingkat tiga asrama yang terbakar menggunakan saluran paip.

“Saya ternampak dua lelaki turun dari tingkat tiga menggunakan saluran paip. Saya percaya seorang daripadanya Ustaz Yusuf.

“Selepas itu, saya lihat dia naik semula dan masuk balik untuk membantu anak muridnya lain,” katanya.

Menurutnya, dia yang kebetulan melalui Jalan Keramat Hujung untuk ke Pasar Keramat terdengar bunyi seperti ekzos motosikal sangat kuat sebelum ternampak percikan api dari arah belakang pusat pusat tahfiz itu.

“Hari ini saya terlewat ke tempat berniaga, kebetulan saya lalu di depan pusat tahfiz itu.

“Apabila menyedari asrama pusat tahfiz itu terbakar, saya segera menghubungi 999,” katanya.

Hadam berkata, sebelum ini dia berniaga pisang goreng di depan pusat tahfiz berkenaan dan mengenali pelajar, warden dan gurunya.

“Dulu ketika berniaga pisang goreng memang selalu beri pisang goreng di pusat tahfiz itu. Jadi memang saya kenal Ustaz Yusof,” katanya.

Sumber : HarianMetro

The post “Kelibat Ustaz Tiba-Tiba Hilang.. ” ALLAHUAKBAR Sungguh Mulia Jasa Ustaz… appeared first on BACA VIRAL.

No comments