(Video) 'Terdengar budak menangis & menjerit, saya terus berlari untuk bantu'
Kejadian itu berlaku pada 14 Ogos 2020 di Korea Selatan dan dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi.
Berdasarkan video 25 saat itu, kereta berwarna putih itu bergerak perlahan di persimpangan lampu isyarat dan dua kanak-kanak yang berada di dalam menangis dan mejerit-jerit memanggil ibu mereka.
Pemilik kenderaan itu kelihatan cuba mengejar dari belakang tetapi gagal mengatasi 'kelajuan' kenderaan itu.
Insiden itu disedari oleh seorang lelaki yang berada berhampiran lalu terus berlari mengejar kereta itu sebelum masuk ke dalam dan menekan pedal brek. Sebaik berjaya menghentikan kenderaan itu, dia terus beredar tanpa berkata apa-apa.
Tindakan pantas lelaki itu berjaya menyelamatkan dua beradik itu dari menjadi mangsa kemalangan.
Menurut sumber, lelaki berkenaan berkata, dia terdengar suara kanak-kanak dalam kereta itu menangis menjerit-jerit membuatkan nalurinya sebagai seorang bapa terus berlari untuk menghulurkan bantuan.
Alkisah mak lupa nak tarik handbrake, dalam kereta ada anak 2 orang. Laju je kereta tu berjalan sampai mak tak dapat kejar and ada lelaki laju lari terus bukak pijak break and berlalu pergi without words. Hahahaha hero betul tu macam dalam drama. pic.twitter.com/B2uh8pG3AL
— šTaja Leeš (@maknae_taja) August 19, 2020
Di media sosial, netizen memuji tindakan pantas lelaki berkenaan dan menganggapnya seperti hero. Netizen juga memuji usaha seorang lagi lelaki yang cuba menghentikan kenderaan itu dengan tapak tangannya meskipun menyedari dirinya bukan ahli Avengers.
Orang ramai sentiasa diingatkan untuk menarik tuil brek tangan apabila memberhentikan kenderaan, lebih-lebih lagi jika membawa penumpang kanak-kanak bagi mengelakkan kejadian seperti di atas berlaku.
Sumber: Taja Lee
Post a Comment